Berita Harian

9 lagi akan dirakam percakapan kes sekolah larang baca doa

-

Kuala Lumpur: Polis akan memanggil sembilan lagi individu untuk dirakam percakapan berhubung dakwaan sebuah sekolah rendah di Pulau Pinang melarang bacaan doa pada majlis hari kecemerlan­gan pelajar, baru-baru ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalath­rash, berkata setakat ini pihaknya sudah merekod keterangan lima saksi membabitka­n mereka yang hadir ketika majlis itu diadakan.

“Kita juga menerima 10 laporan, iaitu masing-masing satu di Selangor dan Kedah manakala selebihnya di Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Bukit Aman, semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 505 C Kanun Keseksaan, iaitu mendatangk­an khianat awam dengan niat hendak mengapi-apikan mana-mana golongan atau kaum untuk melakukan sesuatu kesalahan terhadap golongan lain.

Laporan polis diterima mendakwa beberapa individu hadir dalam satu majlis anugerah kecemerlan­gan pelajar di Sekolah Perempuan Methodist di Pulau Pinang yang menyatakan bacaan doa dalam majlis itu tidak dibenarkan.

Sementara itu, Mior berkata kertas siasatan berhubung tindakan sekumpulan individu yang didakwa tidak berdiri sebagai tanda hormat ketika lagu

Negaraku dimainkan di Sarawak, sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) kelmarin, selepas polis selesai mengambil keterangan sembilan individu berusia antara 34 hingga 64 tahun, termasuk seorang wanita.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8(3) Akta Lagu Kebangsaan 1968,” katanya sambil memaklumka­n berdasarka­n laporan diterima, tindakan berkenaan dipercayai kerana mereka membantah terhadap sesuatu isu, namun tidak mengulas mengenai isu yang dibantah.

Beliau berkata, siasatan polis berdasarka­n undang-undang ditetapkan yang menyatakan apabila lagu Negaraku dimainkan, warga Malaysia perlu memberi penghormat­an seperti peruntukan yang ada.

Terdahulu, pada 29 September lalu, tular di laman sosial memaparkan satu video sekumpulan individu tidak menghormat­i lagu Negaraku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia