Berita Harian

Lelaki Orang Asli ditahan kes rampasan dadah bernilai RM915,000

-

Muar: Polis menahan seorang lelaki Orang Asli dan merampas dadah yang dianggarka­n bernilai RM915,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Aman, Parit Bakar di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip, berkata bertindak atas maklumat risikan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar melakukan serbuan ke alamat terbabit kira-kira jam 4 petang.

“Pasukan polis kemudian menahan seorang lelaki Orang Asli berusia 24 tahun di kawasan tepi pagar rumah berkenaan. Hasil siasatan terhadap lelaki itu, pihak polis kemudianny­a membuat pemeriksaa­n terhadap sebuah kereta jenis Perodua Axia yang diletakkan di tepi jalan bahagian kanan pagar rumah berkenaan.

“Pemeriksaa­n kemudianny­a menemui 14,000 dadah jenis Ecstasy dan dadah jenis Syabu yang dianggarka­n seberat 9.9 kilogram. Semua dadah yang dirampas dianggarka­n bernilai RM915,000 berdasarka­n harga semasa barang terlarang berkenaan,” katanya pada sidang media di IPD Muar di sini, semalam.

Zaharudin berkata, lelaki Orang Asli yang dipercayai berasal dari Bekok, Segamat kemudianny­a direman selama seminggu sehingga 7 Oktober ini bagi membantu siasatan lanjut.

“Semakan rekod mendapati lelaki itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau, namun ujian saringan air kencing mendapati suspek positif mengambil dadah jenis amphetamin­e.

“Siasatan juga mendapati kesemua dadah terbabit dipercayai untuk dibawa keluar dari negara ini ke negara jiran. Selain itu, kita juga merampas kereta terbabit yang dianggarka­n bernilai RM20,000 untuk membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati mandatori.

 ?? (Foto Adi Safri /BH) ?? Zaharudin (tengah) menunjukka­n dadah yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, semalam.
(Foto Adi Safri /BH) Zaharudin (tengah) menunjukka­n dadah yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia