Berita Harian

Sekolah kutip 6.41kg bahan kitar juara kempen MBSA

-

Shah Alam: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 19, di sini, berjaya memenangi Kategori Sekolah Menengah dalam Kempen Kitar Semula Peringkat Sekolah 2019 anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Johan mengetepik­an saingan 17 sekolah lain dalam kategori sama dengan kutipan 6.41 kilogram (kg) bahan kitar semula, sekali gus menerima hadiah wang tunai RM2,000.

Guru Penasihat Kitar Semula SMK Seksyen 19, Roshiza Darus, berkata sekolah itu sudah beberapa kali menyertai kempen berkenaan dengan kedudukan terbaik diraih sebelum ini ialah tempat keempat.

“Nasib menyebelah­i kami kerana pelbagai kempen dijalankan di sekolah, selain mendapat kerjasama daripada pelajar, guru serta pihak pentadbir sekolah.

“Kempen bermula Januari lalu dengan guru dan pelajar digalakkan membawa bahan boleh dikitar semula ke sekolah,” katanya pada majlis penutupan Kempen Kitar Semula Peringkat Sekolah MBSA, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim.

Melalui program itu, beliau berkata, pelajar juga menjadi lebih peka dan semakin menyedari kepentinga­n amalan kitar semula.

Sementara itu, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Hicom muncul juara Kategori Sekolah Rendah, manakala Kategori Prasekolah diungguli Tadika Montessori Safinatun Najah.

Sementara itu, Haris berkata, program memasuki kali ke-12 itu mencatat penambahba­ikan dari setahun ke setahun.

“Kita tidak meletakkan kayu ukur bagi kempen ini. Ia adalah proses pembelajar­an, justeru kita mengadakan­nya pada peringkat sekolah.

“Kita mahu menyemai amalan kitar semula dari sekolah lagi dan diteruskan di rumah,” katanya.

Beliau berkata, program itu dilihat memberi impak positif berikutan peningkata­n penyertaan sekolah dan kutipan bahan kitar semula.

Tahun ini, katanya, sebanyak 190,367.99kg bahan kitar semula dikumpul berbanding 175,161kg pada kempen tahun lalu, manakala kutipan e-waste (elektrik dan elektronik) pula mencatat 1,525 unit.

Kempen itu dilihat beri impak positif berikutan peningkata­n penyertaan sekolah dan kutipan bahan kitar semula. Haris Kasim, Datuk Bandar Shah Alam

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia