Berita Harian

Stor Pusat Kualiti Alam terbakar 80 peratus

Cecair, bahan mudah terbakar dipercayai punca kebakaran

- Oleh Azzman Abdul Jamal azzman@bh.com.my

Seremban: Sebuah stor berkeluasa­n 48,000 kaki persegi di Pusat Kualiti Alam di sini, terbakar kira-kira 80 peratus dalam kejadian pada tengah hari, semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, tiada mangsa yang terbabit dalam kejadian itu, dan bomba berjaya mengawal api pada jam 3.21 petang.

“Seramai 17 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2 dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 1.03 tengah hari.

“Sebaik tiba pada jam 1.19 tengah hari, kami mendapati kebakaran dipercayai membabitka­n cecair dan bahan mudah terbakar,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tinjauan BH di lokasi mendapati, polis tidak membenarka­n sesiapa termasuk pihak media masuk ke kawasan berkenaan dengan melakukan sekatan jalan raya satu kilometer dari lokasi kejadian.

Selain itu, turut kelihatan pekerja Pusat Kualiti Alam yang berkumpul di kawasan sekatan jalan raya selepas diarah keluar dari premis berkenaan.

Sementara itu, Kumpulan Cenviro, iaitu syarikat induk kepada Pusat Kualiti Alam dalam satu kenyataan, mengesahka­n tiada gas berbahaya dikesan dibebaskan dalam kejadian kebakaran itu.

Syarikat itu memaklumka­n, ia berdasarka­n hasil pemantauan bacaan udara oleh Pasukan Kesihatan, Keselamata­n dan Alam Sekitar (HSSE).

Katanya, kejadian yang berlaku pada jam 1.06 tengah hari itu turut tidak menyebabka­n kerosakan besar kepada stor di bangunan itu.

“Selain itu tiada kemalangan jiwa dilaporkan membabitka­n kakitangan kerana mereka termasuk kontraktor berjaya keluar dari premis dengan selamat,” katanya.

Katanya, syarikat itu akan memberikan kerjasama kepada JBPM, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerja (JKKP) serta polis dalam mengenal pasti punca kejadian.

“Pihak bomba akan memaklumka­n punca sebenar kejadian nanti dan langkah berjaga-jaga yang perlu diambil selepas ini,” katanya.

Sementara itu katanya, syarikat akan bekerjasam­a dengan pihak berkuasa untuk menjalanka­n pemeriksaa­n terperinci dalam memastikan keselamata­n premis sebelum memulakan operasi.

Beliau berkata, ia juga bertujuan untuk memastikan kesejahter­aan penduduk berhampira­n.

 ?? (Foto ihsan bomba) ?? Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah stor di Pusat Kualiti Alam Seremban.
(Foto ihsan bomba) Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah stor di Pusat Kualiti Alam Seremban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia