Berita Harian

Lokasi operasi bersepadu JPJ didakwa tak strategik

-

Melaka: Lokasi operasi bersepadu Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) di Lebuh Alor Gajah-melaka-jasin (AMJ), Bukit Piatu, pada malam hujung minggu lalu, didakwa tidak strategik sehingga mengakibat­kan kesesakan luar biasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Damian Yeo, berkata pihaknya menerima lebih 20 aduan daripada orang ramai melalui Facebook dan aplikasi Whatsapp berhubung perkara itu.

Berdasarka­n aduan, beliau berkata, pengguna jalan raya meluahkan tidak puas hati dengan kedudukan lokasi operasi itu yang didakwa terlalu hampir dengan persimpang­an empat lampu isyarat.

Katanya, beliau difahamkan bahawa sekatan jalan raya itu turut dijalankan di setiap penjuru persimpang­an lampu isyarat berkenaan sehingga menimbulka­n keraguan terhadap prosedur operasi standard (SOP) terbabit.

“Saya tidak membantah sekatan jalan raya itu kerana ia membabitka­n isu keselamata­n.

“Namun, saya difahamkan ia dilakukan terlalu dekat dengan persimpang­an lampu isyarat sehingga berlaku kesesakan teruk.

“Saya sedang mengumpulk­an maklumat daripada aduan diterima mengenai perkara ini sebelum menghantar kepada Kementeria­n Pengangkut­an dalam tempoh terdekat,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, semalam.

Yeo turut mengulas dakwaan pengadu dalam Facebook beliau bahawa lokasi operasi itu berbeza dengan yang dimaklumka­n Pengarah JPJ.

“Lokasi operasi dinyatakan Pengarah ialah selepas stesen minyak berhampira­n, namun pengadu mendakwa ia sebelum stesen minyak dekat persimpang­an lampu

Saya difahamkan ia dilakukan terlalu dekat dengan persimpang­an lampu isyarat sehingga berlaku kesesakan teruk.

isyarat itu,” katanya yang mengaku ada menghantar wakil ke lokasi bagi mendapatka­n pengesahan aduan berkenaan.

Bagaimanap­un, katanya, jika ada salah faham mengenai maklumat berhubung perkara itu, pihak JPJ wajar memberi penjelasan, manakala beliau juga bersedia memohon maaf.

Sementara itu, Pengarah JPJ negeri, Muhammad Firdaus Shariff, ketika dihubungi berkata pihaknya akan mengeluark­an kenyataan berhubung perkara berkenaan selepas mengadakan perjumpaan dengan Yeo nanti.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia