Berita Harian

40 peratus filem Darling kena potong

Daripada drama ke filem, penerbit Hero: Jangan Bikin Panas kongsi pengalaman lahir karya sulung

- Oleh Farihad Shalla Mahmud farihad@bh.com.my

Pertama kali bergelar produser filem, pelakon Darling Ngasri mengaku bukan mudah menggalas tanggungja­wab itu.

Walaupun berpengala­man menerbitka­n drama, namun kata Darling, filem Hero: Jangan Bikin Panas yang dihasilkan­nya membuatkan dirinya tak tidur malam dan pening kepala.

Selain wang yang mengalir laju, dia perlu memantau banyak perkara termasuk daripada isi kandungan filem agar tidak memberi kesan negatif.

Antara perkara yang diberi keutamaan adalah aspek pemilihan pelakon, jalan cerita dan skrip agar filem itu tidak dipertikai­kan daripada segi logik.

“Jujurnya, pening kepala buat filem ini. Banyak benda yang saya kena fikir.

“Perkara utama yang saya titik beratkan adalah pemilihan pelakon. Apabila bercakap soal pelakon, sikap adalah perkara yang sangat penting bagi saya.

“Kalau dapat pelakon bagus tapi sikap menjengkel­kan, tidak berguna juga. Namun, kebanyakan pelakon yang membintang­i filem ini mempunyai sikap yang sangat bagus... Sentiasa berdisipli­n dan tidak cerewet.

“Hisyam Hamid dipilih selepas saya mendengar banyak cerita yang baik-baik mengenai dirinya.

Dia sangat komited. Pernah suatu ketika, tangannya bengkak selepas terkena sengat.

“Walaupun dalam keadaan sakit, dia masih gigih meneruskan lakonan sehingga saya risau dengan keadaannya sehingga disuruh mendapatka­n rawatan di klinik.

“Mark Adam dan Bell Ngasri, saya memang mahu dia berlakon dalam filem ini. Ini kali pertama saya undang Bell untuk berlakon dalam produksi saya.

“Sebelum ini, Bell pernah bertanya, kenapa tidak mahu ambil dia berlakon. Bukan tak mahu, tapi ‚harga‘ dia mahal sangat. Tak mampu hendak bayar,” katanya kepada HIP.

Tambah Darling atau nama sebenarnya, Nasreen Ngasri, Bell diambil berlakon bukan atas faktor dirinya abang kandung. Sebaliknya, watak itu sesuai dengannya.

“Namun, saya tak ambil secara tangkap muat. Disebabkan dia melakonkan watak anggota bomba, saya perlu memastikan dia layak untuk menyertai pasukan beruniform.

“Justeru sebelum penggambar­an bermula, saya menghantar biodata diri termasuk ketinggian dan Indeks Jisim (BMI) Bell bagi memastikan dia menepati kriteria.

“Mujurlah Bell lulus dalam ujian kelayakan walaupun pada paras minimum. Saya buat demikian kerana tak mahu nanti disebabkan sifat tidak peka, reputasi anggota bomba tercalar,” katanya.

Darling berkata, dia meminta pengurusan tertinggi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia meneliti skrip filem berkenaan.

“Saya risau kerana ada dialog dan babak yang ditonjolka­n agak tersasar daripada amalan biasa pasukan bomba.

“Namun, mereka bersikap terbuka dan memberi kebenaran untuk menayangka­n babak terbabit atas alasan sekadar hiburan semata-mata,” katanya ditemui pada majlis Malam Gala filem Hero Jangan Bikin Panas di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Hadir sama barisan pelakon iaitu Hisyam, Mark, Bell, Elisya Sandha, Datuk Jalaluddin Hassan, Shaharuddi­n Thamby, Syafiq Farhain dan Tash Yong serta pengarah filem berkenaan, Azizi ‘Chunk’ Adnan.

Darling turut memberitah­u filem terbitanny­a itu disunting 40 peratus. Jumlah babak dipotong itu boleh dianggap banyak untuk sesebuah filem. Mengulas lanjut perkara itu, Darling berkata keputusan itu dibuat untuk kebaikan filem terbabit.

“Selain faktor durasinya yang sangat panjang iaitu tiga jam, pemotongan itu dibuat kerana ada di antara babak dan dialognya saya anggap sensitif.

“Saya yang menyunting­nya dan bukan Lembaga Penapisan Filem (LPF),” katanya berkongsi pengalaman menghasilk­an filem yang membabitka­n kos RM2 juta itu.

Sementara itu, mengulas paparan membabitka­n pertubuhan konspirasi antarabang­sa yang boleh dianggap sensitif, Azizi berkata, bukan niatnya untuk mencetuska­n kontrovers­i.

Sebaliknya, tambah sutradara berkenaan, isu itu sangat menarik minatnya. Lantas, dia terpanggil untuk menyelitka­nnya dalam karya itu.

“Saya banyak mengkaji mengenai pertubuhan ini. Walaupun ramai yang tak percaya dan menganggap kita adalah paranoid, namun jika kita kaji, ada kebenarann­ya.

“Atas dasar itu, saya mahu mengetenga­hkan perkara itu dalam filem. Selain itu, filem ini mengambil inspirasi daripada novel tulisan Dan Brown iaitu The Da Vinci Code dan Angels and Demons.

“Filem ini mempunyai banyak subplot. Saya suka jika ada yang boleh membaca pemikiran saya dan apa yang cuba saya sampaikan dalam naskhah ini,” katanya.

Filem terbitan NS Star Sdn Bhd ini menemui penonton mulai 3 Oktober ini.

Saya risau kerana ada dialog dan babak yang ditonjolka­n agak tersasar daripada amalan biasa pasukan bomba. Darling, Produser filem

 ??  ??
 ?? Grafikbh (Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din) ?? Antara pelakon yang hadir pada malam gala dan tayangan perdana filem Hero: Jangan Bikin Panas. Hisyam Hamid Elisya Sandha
Grafikbh (Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din) Antara pelakon yang hadir pada malam gala dan tayangan perdana filem Hero: Jangan Bikin Panas. Hisyam Hamid Elisya Sandha

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia