Berita Harian

Judika sahut cabaran

Diundang DFP pentaskan konsert solo, penyanyi Aku Yang Tersakiti ambil masa buat keputusan

- Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bh.com.my

Mengambil sedikit masa untuk menerima undangan Dewan Filharmoni­k Petronas (DFP), penyanyi Indonesia, Judika, 41, mengaku banyak perkara perlu difikirkan­nya.

Apa yang nyata, Judika tidak mampu menolak peluang keemasan beraksi di pentas berprestij itu, apatah lagi slot ditetapkan dua malam mulai 19 Oktober ini.

Selepas menimbang pelbagai faktor, penyanyi yang baru muncul dengan single Cinta Karena

Cinta itu bersikap optimis mencabar diri beraksi di pentas berkenaan.

Apatah lagi, Judika atau nama penuhnya, Judika Nalon Abadi Sihotang mencatat sejarah menjadi penyanyi lelaki pertama dari Indonesia yang mementaska­n konsert solo di DFP. Persembaha­n Judika kelak bakal diiringi Malaysia Philharmon­ic Orchestra (MPO).

Sebelum Judika, penyanyi legenda Indonesia, Ruth Sahanaya pernah membuat konsert solo di lokasi sama, tahun lalu.

“Sejujurnya, saya terpaksa mengambil sedikit waktu untuk menyatakan persetujua­n ini. Ada pelbagai pertimbang­an sebelum saya bersetuju untuk menjayakan projek ini.

“Saya selesa membuat persembaha­n dengan band. Namun, untuk konsert ini, saya perlu bekerjasam­a kumpulan orkestra... Ini bukan perkara mudah.

“Saya kena jadi lebih fokus dan serius. Sebelum ini, saya pernah diiringi orkestra tetapi hanya untuk satu atau dua lagu sahaja.

“Kali ini, konsert ini menjadi cabaran terhebat. Saya perlu menghargai iringan orkestra

Saya kena jadi lebih fokus dan serius. Sebelum ini, saya pernah diiringi orkestra tetapi hanya untuk satu atau dua lagu sahaja. Judika, Penyanyi

dengan lebih dekat. Bagi saya, muzik orkestra ada di kelas tersendiri,” katanya.

Judika mengaku teruja menanti bagaimana hasilnya apabila nyanyian diiringi orkestra sepanjang konsert.

“Saya hendak tengok bagaimana hasilnya untuk penyanyi seperti saya yang terkenal dengan lagu berentak pop rock dan balada apabila bersatu dalam orkestra .... Ini pengalaman yang cukup mengujakan,” katanya kepada HIP.

Tambah penyanyi lagu Aku Yang Tersakiti, dia tidak memikirkan soal canggung saat mengetahui persembaha­n berbentuk orkestra yang dilihat membataska­n pergerakan.

“Saya tahu kalau persembaha­n orkestra, kita tidak terlalu bergerak ke sana-sini. Mungkin ada yang mengandaik­an, kalau penyanyi rock seperti saya, pergerakan ke sana dan ke mari akan jadi terbatas.

“Sebenarnya, tidak timbul isu itu. Saya selama ini bukan jenis yang buat persembaha­n hingga bergerak atau berlari merata-rata. Saya suka mengamati pentas terlebih dahulu... Goyang sedikit pun sudah okay,” katanya.

Demi menjayakan konsert itu, suami kepada Duma Riris Silalahi ini terpaksa membuat pengorbana­n besar.

“Ketika memberi persetujua­n, saya terfikir anak sulung, Cleo Deomora Boru Sihotang bakal menginjak usia empat tahun pada 20 Oktober.

“Selalunya, kalau pada sambutan hari lahir anak atau isteri, saya memang tidak menerima sebarang tawaran.

“Namun, kali ini, saya terpaksa memberi pengecuali­an. Tidak mengapa, sebagai ganti, saya akan membawa keluarga bercuti di Kuala Lumpur.

“Sambil bercuti, mereka boleh menonton konsert saya,” kata Judika yang juga juri program realiti, Big Stage musim kedua.

Selain bakal menyanyika­n lagu hit daripada enam album studio, Judika bakal mempersemb­ahkan lagu penyanyi lain. Malah, dia akan berduet dengan Jaclyn Victor.

“Saya sudah beri senarai lagu termasuk yang dipopulark­an artis lain. Lagu itu seperti Kaulah Segalanya dendangan Ruth dan medley lagu Inggeris.

“Sayajugamu­ngkinmenya­nyikan lagu kumpulan Search dan Iklim. Siapa tahu, lagu dangdut juga mungkin menjadi pilihan... Tunggu sahaja konsertnya,” katanya sambil menambah hasrat berduet dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak kesampaian apabila penyanyi tersohor itu tidak dapat memberi komitmen.

Mengenai Jaclyn, Judika berkata, dia pernah bekerjasam­a dengan penyanyi bersuara lantang itu, beberapa kali.

“Jaclyn mempunyai vokal yang luar biasa dan menjadi salah seorang idola saya,” katanya.

Menjelang konsert, apa yang diharapkan bapa kepada dua anak ini adalah kesihatan dan staminanya terjaga.

“Hampir setiap hari saya menyanyi sama ada dalam acara atau berlatih sendirian. Tidak saya nafikan komitmen kerja dan kesibukan itu menuntut saya lebih menjaga soal ini... Saya kena banyak rehat.

“Saya perlu cergas. Kalau kurang tenaga, susah hendak menyanyi lagu bernada tinggi yang menjadi forte saya.

“Semestinya tidur kena cukup biarpun hakikatnya, masa tidak pernah cukup. Saya amalkan minum air perahan limau nipis dicampur kicap atau halia,” katanya.

Bercerita mengenai perkembang­an terbaru, Judika bakal memikul tugas sebagai juri profesiona­l Indonesia Idol, mulai bulan ini.

“Komitmen saya adalah setiap Isnin. Jadi, ini tidak mengganggu fokus saya untuk menjayakan konsert di DFP.

“Selain itu, saya dalam proses menyiapkan album memuatkan lagu daerah di Indonesia. Saya pilih 10 daerah sahaja untuk 10 lagu. Setakat ini, sudah 80 peratus siap,” katanya.

Mengenai rancangan merakamkan lagu bersama penyanyi Malaysia, Judika masih mengenalpa­sti calon sesuai.

“Selepas berduet dengan Siti, saya mengintai peluang melakukan perkara sama dengan artis lain. Namun, masih mencari... Kalau diizinkan, saya mahu berduet dengan penyanyi lelaki muda dan

 ??  ??
 ?? (Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM) ?? Judika dan Ahmad Muriz pada sidang media Konsert Judika
(Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM) Judika dan Ahmad Muriz pada sidang media Konsert Judika
 ??  ?? di DFP.
di DFP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia