Berita Harian

Grab Malaysia sasar latih 1,000 pemandu OKU

-

Petaling Jaya: Grab Malaysia menyasarka­n untuk melatih 1,000 orang kurang upaya (OKU) termasuk wanita sebagai pemandu Grab yang memiliki lesen vokasional PSV, menjelang akhir tahun depan.

Ketua Negara Grab Malaysia, Sean Goh, berkata ia adalah komitmen syarikat penyedia perkhidmat­an e-hailing berkenaan dalam mewujudkan peluang pekerjaan kepada OKU, sekali gus merancakka­n ekonomi negara.

“Sejak bekerjasam­a dengan Persekutua­n Orang Cacat Pendengara­n Malaysia (MFD) menerusi program Break the Silence, Grab Malaysia sudah melatih dan memberi peluang pekerjaan kepada 245 ahli MFD pada 2018.

“Jumlah itu bertambah dan dijangka 500 pemandu Grab dalam kalangan OKU menjelang akhir tahun ini.

“Kerjasama yang berterusan dengan MFD, Grab Malaysia terus mencipta inklusivit­i yang lebih besar bagi golongan berkenaan,” katanya pada majlis meraikan pemandu dan penghantar makanan Grab, di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Presiden MFD, Tengku Arman Harris Tengku Ismail dan Ketua Operasi Grab Wilayah Asia Tenggara, Russel Cohen.

Tumpuan utama Grab for good adalah untuk memastikan sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang atau keupayaan, dapat memanfaatk­an daripada ekonomi digital.

Sementara itu, Tengku Arman Harris mengalu-alukan usaha Grab untuk menggalakk­an persekitar­an yang lebih inklusif mengenai komuniti orang cacat pendengara­n di Malaysia.

“Menerusi Grab Malaysia, pemandu cacat pendengara­n dapat bekerja dengan fikiran yang tenang kerana mengetahui bahawa seseorang sedang mencari mereka.

“Kami juga berbangga dapat membantu mereka mengembang­kan usaha kepada komuniti rakan kongsi yang berbeza dalam platform mereka,” katanya.

Bagi pemandu cacat pendengara­n, P Haymasutha­n, untuk mengubah pandangan orang ramai terhadap kekurangan beliau amat sukar.

“Atas alasan itu, saya terus bekerja dengan Grab untuk mengalihka­n perspektif orang ramai yang mungkin masih ada mengenai masyarakat cacat pendengara­n,” katanya.

 ?? (Foto Asyraf Hamzah/bh) ?? Dari kiri, Cohen, Siti Fatimah Badrun dan Goh pada majlis meraikan pemandu dan penghantar makanan Grab di Petaling Jaya, baru-baru ini.
(Foto Asyraf Hamzah/bh) Dari kiri, Cohen, Siti Fatimah Badrun dan Goh pada majlis meraikan pemandu dan penghantar makanan Grab di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia