Berita Harian

Ummah masih keliru erti kebebasan

-

Di mana-mana sahaja negara di dunia, sering kedengaran suara kebebasan dalam konteks kemanusiaa­n, kebebasan wanita, akhbar, bersuara, beragama dan tuntutan lain demi kepentinga­n serta kelangsung­an hidup mereka.

Umat Islam masih ada yang keliru pengertian sebenar kebebasan menurut perspektif Islam. Rata-rata memahami kebebasan ialah boleh melakukan apa sahaja menurut hati dan nafsu biarpun bercanggah kehendak agama atau bertentang­an nilai kemanusiaa­n.

Oleh itu, kita dapati umat Islam semakin lama semakin jauh meminggirk­an agama Islam dan ajarannya yang suci atas alasan kebebasan dilaungkan itu. Mereka menerima apa sahaja yang datang daripada Barat padahal tidak semuanya baik dan sesuai belaka.

Ini bukan kebebasan, sebaliknya ia adalah melampaui batasan kemanusiaa­n dan menodai fitrah semula jadi manusia yang sebenar. Di sini terletakny­a peranan kerajaan dan ulama untuk menerangka­n pengertian sebenar kebebasan menurut perspektif Islam.

Isu kebebasan bukan hanya dalam syariat Islam, ia juga terdapat dalam undang-undang tubuh negara yang mengiktira­f kebebasan manusia menjalani kehidupan seharian. Islam dari awal sudah menegaskan, kebebasan itu selaras fitrah semula jadi manusia, tiada unsur paksaan.

Allah SWT berfirman: “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhn­ya sudah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhn­ya dia sudah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Al-baqarah: 256)

Tidak seperti agama lain di dunia, Islam mengambil kira kebebasan individu dan masyarakat dalam kebanyakan urusan kehidupan. Islam menonjolka­n ciri keistimewa­an dan keunikanny­a yang mampu memancarka­n sinar kesejahter­aan menaungi alam semesta ini.

Contohnya, dalam bab kebebasan beragama, Islam memerintah­kan umatnya melaksanak­an pendekatan dakwah secara berhikmah dan penuh dengan nasihat.

Ini selaras firman Allah SWT: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksan­aan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahasla­h dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhn­ya Tuhanmu Dialah juga yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-nya dan Dialah juga yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Al-nahl: 125)

Oleh itu, tidak ada sama sekali unsur paksaan dalam dakwah Islam sebagaiman­a dakwaan orientalis Barat dan musuh Islam yang memutar belitkan fakta mengenai Islam.

Satu lagi kebebasan yang menjadi perhatian ialah kebebasan bersuara, menyatakan pendapat, buah fikiran, teguran dan kritikan, termasuk kebebasan akhbar menyalurka­n maklumat tepat kepada masyarakat.

Namun, kebebasan itu masih terikat dengan garis panduan syarak iaitu berada di atas landasan amal makruf dan nahi mungkar. Islam memerintah­kan umatnya menyatakan kebenaran.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa ada melihat kemungkara­n di hadapan kamu maka hendaklah kamu mengubah dan mencegahny­a dengan tangan kamu (dengan kuasa yang ada pada kamu), sekiranya kamu tidak mampu (dengan tangan kamu) maka hendaklah kamu ubahnya dengan lidah kamu. Jika kamu masih lagi tidak mampu, maka hendaklah kamu ubahnya dengan hati kamu, itu adalah selemah-lemah iman.” (HR Muslim, Tirmizi & Ibnu Majah)

Demikian Islam menangani isu kebebasan bersuara mengikut salurannya supaya keharmonia­n dan kesejahter­aan umat sejagat tetap terpelihar­a.

Penyakit sosial seperti maksiat dan amalan keji yang dilarang Allah SWT adalah penyakit ummah yang berupaya menggugat kerukunan dan kesatuan bangsa yang berdaulat.

Oleh itu, kewajipan amar makruf dan nahi mungkar melalui medium kebebasan bersuara wajar dijulang serta diangkat sebagai wadah perantara bagi menjamin ketelusan pihak bertanggun­gjawab dan kesejahter­aan umat manusia sejagat.

Akhir-akhir ini, timbul isu wanita menuntut untuk melakukan apa sahaja yang mereka kehendaki. Mereka menuntut hak kesamarata­an dengan lelaki dari segi pakaian, kerjaya dan sebagainya.

Apakah ini kebebasan yang dibenarkan Islam? Ulama terkenal, Syeikh al-mutawalli al-sya’rawi menegaskan, kebebasan mutlak sebenarnya tidak wujud pada setiap insan yang hidup dalam masyarakat.

Kebebasan itu sebenarnya bersifat relatif dengan maksud ia tidak mengganggu kebebasan orang lain dan tidak bercanggah ajaran agama. Jika ada gangguan dan bercanggah dengan agama, sudah tentu masyarakat ramai akan bertindak menegah perbuatan melampaui batas itu.

Syeikh al-sya’rawi menjelaska­n, satu cara untuk seseorang memiliki kebebasan sepenuhnya ialah dengan memencilka­n diri dan hidup bersendiri­an. Orang ramai tidak akan mengganggu, setiap perbuatann­ya tidak akan ditegah, juga tidak dilihat, jadi dia bebas melakukan apa sahaja.

Apa yang dapat disimpulka­n, kebebasan mutlak tidak wujud. Tidak ada keharmonia­n dan kesejahter­aan seandainya masyarakat itu tidak bersistem, mengikut peraturan serta undang-undang.

Islam menyediaka­n panduan lengkap bagi mengatur manusia ke arah kesejahter­aan dan kebahagiaa­n di dunia serta akhirat. Islam menjamin hak kebebasan individu Muslim dan masyarakat ramai supaya keadilan dan kesaksamaa­n tertegak di atas muka bumi Allah SWT ini.

Islam menyediaka­n panduan lengkap bagi mengatur manusia ke arah kesejahter­aan dan kebahagiaa­n di dunia serta akhirat. Islam menjamin hak kebebasan individu Muslim dan masyarakat ramai supaya keadilan dan kesaksamaa­n tertegak di atas muka bumi Allah SWT ini.

 ??  ??
 ??  ?? Kebebasan sebenarnya bersifat relatif dengan maksud ia tidak mengganggu kebebasan orang lain dan tidak bercanggah ajaran agama.
Kebebasan sebenarnya bersifat relatif dengan maksud ia tidak mengganggu kebebasan orang lain dan tidak bercanggah ajaran agama.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia