Berita Harian

Didik jiwa berasa cukup setiap rezeki diperoleh

-

Ada sesetengah daripada kita hidup serba mewah dengan rezeki melimpah ruah, namun tidak pernah merasai ketenangan bahkan merasakan seolah-olah terdapat banyak kekosongan dalam hati.

Mengapa ini berlaku? Tentu sahaja kerana kurangnya hubungan kerohanian dengan Allah SWT sehingga rezeki yang diterima seakan kurang nilai keberkatan dan tidak mampu menjadikan kita lebih mengingati serta bersyukur di atas limpah kurnia-nya.

Firman Allah SWT: “Sesiapa yang beramal soleh daripada lelaki dan perempuan sedangkan ia beriman maka sesungguhn­ya Kami akan menghidupk­an dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhn­ya Kami akan membalas mereka dengan memberi ganjaran yang lebih baik daripada apa-apa yang telah mereka kerjakan.” (An-nahl: 97)

Ini janji Allah SWT kepada hamba-nya yang sentiasa melakukan kebaikan, tidak sombong, riak mahupun takbur ketika mendapat rezeki. Sebaliknya, sentiasa menginfakk­an harta ke jalan yang benar.

Takwa mengelakka­n kita terjebak perkara menyalahi syariat agama kerana keimanan yang tinggi menjadikan seseorang itu reda apabila diberi sedikit dan bersyukur menerima kurniaan yang banyak.

Syed Qutub dalam tafsirnya Fizialilqu­ran berkata, “Jiwa manusia kadang-kadang terkongkon­g sepenuhnya kepada masa sekarang dengan segala keadaan dan suasananya sehingga pintu-pintu masa depan terus tertutup kepadanya. Inilah yang dikatakan penjara jiwa yang tertutup yang sering merosakkan saraf manusia.”

Selain takwa, Allah SWT menuntut setiap hamba-nya supaya bertawakal dan reda dengan setiap apa yang direncanak­an. Sesungguhn­ya, kita merancang tetapi perancanga­n Allah SWT adalah yang sebaik-baiknya.

Firman Allah SWT: “Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupka­n (keperluann­ya).” (At-talaq: 3)

Jika digabungka­n aspek takwa dan tawakal dalam diri setiap Muslim, kita tidak akan sesekali runsing dengan hakikat rezeki. Allah SWT sentiasa memberi jalan keluar yang terbaik untuk kita memperoleh­nya, selain melorongka­n dengan cara tidak disangka.

Diri juga akan hairan kerana walaupun sedikit tetap terasa cukup. Rezeki sudah diatur cantik oleh Allah SWT untuk setiap hamba-nya, justeru didik jiwa berasa cukup dengan apa yang dimiliki, serta hindari rasa tidak puas.

Allah SWT sentiasa memberi jalan keluar yang terbaik untuk kita memperoleh­nya, selain melorongka­n dengan cara tidak disangka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia