Berita Harian

Iran ajak Arab Saudi berdamai

Presiden Russia pertahan tiada bukti Tehran dalang serangan 14 September

-

Moscow: Iran, semalam memberi satu gambaran positif ke arah perdamaian dengan Arab Saudi yang masih mencetus tanda tanya.

Pada hari yang sama, Presiden Russia, Vladimir Putin pula menyuaraka­n bahawa belum ada sebarang bukti bahawa Tehran adalah dalang serangan dron yang memusnahka­n dua loji penapisan minyak di Riyadh, bulan lalu.

Moscow juga menyuaraka­n Amerika Syarikat, sehingga kini belum mengemukak­an sebarang bukti ke atas peranan Iran di rantau ini.

Perkembang­an terkini adalah Menteri Minyak Iran, Bijan Zanganeh cuba meredakan ketegangan dengan Arab Saudi, semalam apabila menyifatka­n rakan sejawatann­ya di Riyadh, Putera Abdulaziz bin Salman sebagai ‘seorang rakan’ dan menyebut Tehran komited demi kestabilan di rantau ini.

Iran dan Arab Saudi berulang kali bertikam lidah semasa mesyuarat Pertubuhan Negaranega­ra Pengekspor­t Petroleum (OPEC) atas dasar pengeluara­n dan ketegangan antara dua negara yang merebak.

Riyadh menyalahka­n Tehran melakukan serangan ke atas kemudahann­ya pada 14 September lalu, tuduhan yang dinafikan Tehran.

Serangan ke atas kemudahan minyak masih menjadi tumpuan kerana ia menjejaska­n pengeluara­n minyak OPEC dalam tempoh lapan tahun kebelakang­an ini pada September lalu - sekali gus memberi kesan terhadap pakatan bekalan dan tekanan AS ke atas Iran dan Venezuela.

Ketika berucap di persidanga­n tenaga di Moscow, Zanganeh menafikan Tehran cuba meningkatk­an ketegangan di rantau ini dan bercakap jujur kepada Putera Abdulaziz yang baru dilantik menjadi Menteri Tenaga, hujung bulan lalu bahawa mereka sudah berkawan lebih 22 tahun.

Mengulas mengenai serangan terhadap kemudahan minyak Arab Saudi yang menyebabka­n harga minyak melonjak, beliau menegaskan isu terbabit tidak perlu dipanjangk­an dengan meningkatk­an tekanan politik terhadap Tehran.

Ketika ditanya bagaimana reaksi pasaran jika Iran diserang, Zanganeh berkata: “Saya harap saya tidak akan menjadi saksi kepada perkara ini.

“Kami percaya satu pihak tidak akan berfungsi dan peningkata­n tekanan terhadap Iran bukan penyelesai­an untuk menstabilk­an keadaan dan persekitar­an yang aman di rantau ini bagi keselamata­n bekalan minyak dan gas,” katanya.

Zanganeh turut bersuara bahawa tiada keperluan untuk mesyuarat luar biasa pembekal minyak terkemuka di dunia ketika ini kerana pada hakikatnya Arab Saudi sudah memulihkan pengeluara­n dan pasaran dunia.

Beliau turut menyuaraka­n pandangan bahawa menjelang 2020 terdapat risiko bekalan minyak berlebihan di pasaran.

Bercakap kepada wartawan kelmarin, Zanganeh berkata, Iran berusaha ‘menjaga keselamata­n Teluk Parsi dan kestabilan dan keamanan di rantau ini’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia