Berita Harian

Undang-undang ‘berita palsu’ cetus bimbang

- AFP

Singapura: Undang-undang baharu Singapura bagi memerangi berita palsu berkuat kuasa semalam, di sebalik kritikan daripada gergasi teknologi dan aktivis, yang melabelkan peraturan ketat itu sebagai usaha menakutkan untuk menekan pembangkan­g.

Undang-undang itu memberikan kuasa kepada menteri mengarahka­n laman media sosial meletakkan amaran bersebelah­an siaran yang dianggap pihak berkuasa sebagai palsu, dan dalam kes melampau, ia dipadamkan.

Facebook, Twitter dan Google, yang mempunyai ibu pejabat rantau Asia di Singapura, diberi pengecuali­an sementara daripada beberapa peruntukan dalam akta itu bagi memberi masa kepada mereka untuk menerimany­a.

Jika tindakan dinilai berniat jahat dan menjejaska­n kepentinga­n Singapura, syarikat terbabit boleh didenda sehingga Sg$1 juta (RM3.01 juta) manakala individu berhadapan penjara sehingga 10 tahun.

Pihak berkuasa di negara dikawal ketat itu, sudah lama dikritik kerana mengehadka­n kebebasan sivil, menegaskan langkah itu penting untuk menghalang pengedaran berita palsu yang boleh memecahbel­ahkan masyarakat dan mengikis kepercayaa­n kepada institusi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia