Berita Harian

UNICEF gesa remaja dapat perlindung­an

KPAI dakwa pelajar sekolah sertai demonstras­i tidak tahu tujuan sebenar

- AGENSI

Jakarta: Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF), semalam menggesa semua pihak supaya memberi perlindung­an kepada penunjuk perasaan kanak-kanak daripada keganasan.

Pada ketika sama adalah wajar untuk menegakkan hak mereka untuk menyuaraka­n pendapat ketika bantahan.

Wakil UNICEF, Deborah Comini mempertaha­nkan bahawa kanak-kanak mempunyai hak untuk menyampaik­an pandangan mereka.

“Kanak-kanak dan golongan muda di Indonesia mempunyai hak menyuaraka­n pendapat mereka dan terbabit dengan dialog berkaitan isu yang menjejaska­n mereka.

“Selain itu kita harus memastikan mereka mendapat sokongan tepat pada masanya jika mereka mengikut saluran undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan bertulis yang diterima Jakarta Post, kelmarin.

Suruhanjay­a Perlindung­an Kanak-kanak Indonesia (KPAI) menyebut ramai pelajar sekolah yang menyertai bantahan itu tidak tahu tujuan sebenarnya.

Ketuanya, Retno Lisyarti mengatakan ramai pelajar menyatakan mereka memutuskan untuk menyertai bantahan pada 25 September lalu selepas menerima jemputan di media sosial.

Ada juga berkata mereka menyertain­ya kerana dijanjikan makanan dan minuman percuma.

Semasa bantahan berlangsun­g pada malam malam Isnin lalu, KPAI turut merekodkan sekurang-kurangnya 87 penunjuk perasaan yang cedera dibawa ke Hospital Mintohardj­o Naval di Jakarta apabila ahli pertubuhan itu melakukan lawatan di hospital sama pada sebelah malam.

Penunjuk perasaan yang cedera terdiri daripada mahasiswa universiti dan pelajar sekolah menengah.

“Ramai daripada mereka yang dibawa ke hospital untuk menerima rawatan selepas terkena gas pemedih mata. Seorang pelajar cedera di kepala,” kata Retno.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia