Berita Harian

Seorang maut diserang lelaki guna pedang

- AFP

Helsinki: Seorang lelaki bersenjata­kan pedang menyerang pelajar di sebuah kolej vokasional di timur Finland, kelmarin sehingga mengorbank­an seorang mangsa dan mencederak­an 10 yang lain, termasuk seorang anggota polis.

Saksi berkata, seorang belia dengan pedang menyerbu masuk ke sebuah kelas. Polis belum dapat memastikan motif sebenar serangan itu.

Perkhidmat­an kecemasan dipanggil ke Kolej Vokasional Savo di pusat membeli belah Herman di Kuopio, timur Finland pada jam 12.30 petang waktu tempatan, kata polis.

“Suspek membawa satu senjata seperti pedang,” kata detektif superinten­dan polis timur Finland, Mikko Lyytinen.

Katanya, selain pedang, suspek berkenaan yang dilaporkan berusia 25 tahun membawa sepucuk pistol. Namun, polis belum pasti sama ada dia menggunaka­nnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia