Berita Harian

Lima mayat mangsa ditemui, satu hilang

- AFP

Taipei: Lima mayat berjaya ditemui dari bawah runtuhan jambatan di Taiwan, ketika pasukan penyelamat masih meneruskan operasi mencari mangsa terakhir yang masih dilaporkan hilang.

Agensi bomba kebangsaan berkata mangsa maut adalah pekerja bot menangkap ikan dari Indonesia dan Filipina dan mayat mereka ditemui dalam air dekat dua bot yang musnah, awal semalam.

“Misi mencari dan menyelamat masih diteruskan,” kata Menteri Pengangkut­an, Lin Chia-lung kepada wartawan.

Kementeria­n buruh Filipina mengesahka­n dua warga mereka terbunuh manakala seorang lagi masih hilang dengan lima lagi cedera dalam insiden tempoh hari.

Kamera litar tertutup (CCTV) turut berjaya merakamkan insiden runtuhan jambatan sepanjang 140 meter, yang terletak di Nanfangao, di pantai timur Taiwan pada awal pagi kelmarin.

Rakaman itu menunjukka­n, kabel yang dipasang secara menegak di tengah-tengah tiang besi pada jambatan berkenaan tercabut secara tiba-tiba.

Ia mengakibat­kan sebahagian jambatan yang runtuh jatuh ke dalam air, lalu menghempap tiga bot menangkap ikan, selain sebuah kapal tangki minyak.

Insiden itu menyebabka­n 12 mangsa cedera, termasuk enam warga Filipina dan tiga rakyat Indonesia, iaitu pekerja bot menangkap ikan, selain seorang pemandu kapal tangki dan dua kakitangan pengawal pantai.

 ?? (Foto EPA) ?? Petugas penyelamat melancarka­n operasi mencari mangsa yang hilang dipercayai warga Filipina dekat Jambatan Nanfangao, semalam.
(Foto EPA) Petugas penyelamat melancarka­n operasi mencari mangsa yang hilang dipercayai warga Filipina dekat Jambatan Nanfangao, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia