Berita Harian

Meghan saman akhbar Britain

Putera Harry bimbang isteri jadi mangsa selepas dia hilang ibu atas isu sama

- REUTERS

London: Meghan Markle, iaitu isteri pewaris takhta diraja Britain, Putera Harry dilaporkan sudah memulakan prosiding perundanga­n terhadap akhbar The Mail on Sunday, susulan penerbitan surat peribadiny­a yang disifatkan sebagai menyalahi undang-undang.

Harry dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu diambil sebagai maklum balas terhadap perkara yang disifatkan sebagai tindakan membuli oleh akhbar Britain.

“Walaupun tindakan ini bukan sesuatu yang selamat, tetapi ia sesuatu yang tepat. Kebimbanga­n saya kini berulang kembali.

“Saya sudah melihat apabila seseorang yang saya sayangi menjadi bahan komoditi sehingga sampai ke satu tahap mereka tidak lagi dilayan atau dilihat sebagai seorang individu.

“Saya sudah kehilangan ibu dan kini menyaksika­n isteri saya menjadi mangsa perkara yang sama,” katanya.

Ibunya, mendiang Puteri Diana meninggal dunia dalam kemalangan di Paris pada 1997, selepas dikejar sekumpulan jurugambar.

Diana adalah antara wanita yang paling banyak dirakam gambarnya di dunia, sebaik sahaja berkahwin dengan kerabat diraja Britain.

Sementara itu, firma guaman yang mewakili Markle, Schillings menggambar­kan penerbitan surat berkenaan sebagai sebahagian daripada kempen oleh kumpulan media itu menyiarkan berita palsu, dengan tujuan menghina beliau dan suaminya.

“Kami sudah memulakan prosiding bagi isu pelanggara­n privasi, pelanggara­n hak cipta dan agenda lain seperti yang dinyatakan di atas,” kata firma itu tanpa mendedahka­n sebarang maklumat mengenai surat itu atau tarikh penerbitan­nya.

Schillings berkata, kos kes berkenaan ditanggung oleh Harry dan Markle yang turut dikenali sebagai Duke serta Duchess of Sussex.

Pasangan diraja itu sedang dalam lawatan ke beberapa negara di selatan Afrika bersama anak mereka, Archie.

 ?? (Foto REUTERS) ?? Firma guaman yang mewakili Markle beranggapa­n penerbitan surat itu sebagai kempen kumpulan media dengan tujuan menghina beliau dan suami.
(Foto REUTERS) Firma guaman yang mewakili Markle beranggapa­n penerbitan surat itu sebagai kempen kumpulan media dengan tujuan menghina beliau dan suami.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia