Berita Harian

Remaja Australia didakwa sengaja bunuh 20 kanggaru

- AFP

Sydney: Seorang remaja didakwa di mahkamah berhubung kematian 20 kanggaru, yang sengaja dilanggar dengan trak dalam siri pembunuhan yang berlanjuta­n selama sejam.

Bangkai kanggaru, termasuk dua anak haiwan itu, ditemui berterabur di atas jalan raya di Tura Beach, 450 kilometer ke selatan Sydney, pagi Ahad lalu.

Sekurang-kurangnya tiga lagi anak kanggaru menjadi ‘yatim’ susulan serangan berkenaan, menurut kumpulan penyelamat hidupan liar, WIRES.

Polis berkata lelaki berusia 19 tahun itu ditahan dan didakwa dengan kesalahan menzalimi haiwan selepas merempuh spesies itu lewat malam Sabtu lalu.

“Kami memandang serius kejadian itu dan sesiapa yang melakukan perbuatan itu akan berhadapan undang-undang,” kata ketua inspektor Bega Valley, Peter Volf.

Walaupun bangkai kanggaru di tepi jalan bukan luar biasa di New South Wales ketika 90 peratus nahas kereta disebabkan pertembung­an dengan haiwan berkenaan, namun skala dan tindakan sengaja melakukann­ya mengejutka­n penduduk.

“Ia pemandanga­n amat tidak menyenangk­an. Polis melihat banyak benda teruk tetapi anda dapat lihat mereka juga terkejut,” kata seorang penduduk Rob Evans.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia