Berita Harian

Pochettino sengsara

-

London: Pengendali Tottenham, Mauricio Pochettino mengakui skuad kendaliann­ya ‘sedikit berputus asa’ ketika dimalukan 7-2 oleh Bayern Munich dalam kempen Liga Juara-juara, semalam.

Selepas membuka tirai jaringan pada minit ke-12, Spurs kemudian pada satu ketika melepaskan tiga gol dalam tempoh 10 minit yang mengakibat­kan gawang mereka bocor tujuh kali buat pertama kali di gelanggang sendiri.

Ketika ditemui selepas perlawanan, Pochettino mengakui pasukannya hilang semangat juang terutama pada minit-minit terakhir permainan.

“Perasaan di penghujung permainan, apabila kami melepaskan tiga gol, ia seperti pasukan sudah penat dan sedikit berputus asa,” kata Pochettino.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia