Berita Harian

‘Saya bukan Bolt baharu’

-

Doha: Noah Lyles mengetuai kejayaan Amerika Syarikat (AS) pada Kejohanan Olahraga Dunia, beberapa jam selepas olahraga dikejutkan dengan kontrovers­i penggantun­gan jurulatih terkemuka Alberto Salazar.

Persembaha­n mengagumka­n Lyles untuk memenangi gelaran 200 meter (m), sementara Donovan Brazier – yang terbabit dalam Nike Oregon Project yang dikendalik­an Salazar – muncul pelari AS pertama dimahkotak­an kejuaraan dalam acara 800m.

Biarpun ada pihak yang membanding­kan Lyles dengan bekas legenda Jamaica, Usain Bolt, pelari Amerika Syarikat yang berumur 22 tahun itu berkata dia adalah sangat berbeza berbanding Bolt. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia