Berita Harian

Ronaldo pastikan tuan rumah kekal cemerlang

-

Turin: Cristiano Ronaldo meledak gol pertamanya dalam saingan Liga Juara-juara musim ini ketika Juventus menewaskan Bayer Leverkusen 3-0 dalam aksi Kumpulan D di gelanggang sendiri, semalam.

Ronaldo melengkapk­an gol ketiga Juve pada minit ke-89 untuk meningkatk­an rekod jaringanny­a kepada 127 gol sepanjang kejohanan dengan kedua-dua lagi jaringan juara Itali itu disumbangk­an Gonzalo Higuain dan Federico Bernardesc­hi.

Juventus berkonngsi empat mata dibezakan dengan Atletico Madrid menerusi jumlah jaringan selepas kelab Sepanyol itu turut menang 2-0 ke atas Lokomotiv Moscow di Russia.

Pada aksi pembukaan, Juve dan Atletico terikat 2-2 di Stadium Wanda Metropolit­ano.

“Kami memperoleh permainan yang bagus menentang pasukan yang gemar menguasai bola dan tidak mudah untuk menangani mereka,” kata jurulatih Juventus, Maurizio Sarri.

“Mereka membuatkan kami mengeluark­an banyak tenaga pada babak pertama. Selepas rehat, mereka memperlaha­nkan rentak sedikit dan kami mengambil alih kawalan.”

Kekalahan menyaksika­n Leverkusen berdepan tugasan sukar untuk mara apabila turut tewas 1-2 di gelanggang sendiri pada aksi pertama kepada Lokomotiv Moscow. AFP

 ?? (Foto AFP) ?? Ronaldo bersama rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol untuk Juventus.
(Foto AFP) Ronaldo bersama rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol untuk Juventus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia