Berita Harian

Zidane bengang aksi anak buah

-

Madrid: Pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos menyifatka­n gol pertama yang dilepaskan Los Blancos ketika bertemu Club Brugge, awal pagi semalam di Liga Juara-juara sebagai ‘jenaka’ tetapi akur gergasi Sepanyol itu patut bersyukur menamatkan perlawanan dengan satu mata.

Gawang Real bocor di Santiago Bernabeu seawal minit kesembilan permainan apabila penyerang Brugge, Emmanuel Dennis memecah kebuntuan tanpa disangkasa­ngka sekali pun dilihat sudah tersilap langkah.

Meskipun kaki penyerang Nigeria itu sudah tersadung, Dennis masih berjaya menyentuh bola menggunaka­n kaki kirinya dan mengeliruk­an Thibaut Courtois.

Brugge menggandak­an kelebihan sebelum rehat, juga menerusi Dennis dan sekali pun Real berjaya mengutip satu mata menerusi jaringan Ramos dan Casemiro pada babak kedua, pengendali Zinedine Zidane jelas tidak gembira dengan aksi yang ditampilka­n pasukannya.

“Ia keputusan yang buruk tetapi reaksi kami bagus,” kata Ramos.

“Kami tidak boleh gembira, gol pertama adalah satu jenaka. Tetapi saya kekal positif, pemain-pemain mengubah permainan dengan sikap mereka pada babak kedua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia