Berita Harian

Icardi bantu PSG kukuh cengkaman

-

Istanbul: Mauro Icardi membuka akaun jaringanny­a buat Paris Saint-germain (PSG) apabila membantu juara Perancis itu menewaskan Galatasara­y 1-0 sekali gus menghuni kedudukan teratas Kumpulan A kempen Liga Juarajuara dengan kelebihan empat mata.

Penyerang Argentina itu yang menyertai PSG secara pinjaman dari Inter Milan bulan lalu, membantu gergasi Perancis itu mencipta permulaan sempurna pada kempen di Eropah selepas memalukan Real Madrid 3-0, dua minggu lalu.

Juara Turki, Galatasara­y dalam pada itu berada di kedudukan ketiga kumpulan selepas mengutip satu mata susulan keputusan seri menentang Club Brugge pada 18 September lalu dan belum lagi mencatat kemenangan pada kesemua empat perlawanan.

Selepas kehilangan Neymar berikutan penggantun­gan, Edinson Cavani susulan kecederaan pinggul dan Kylian Mbappe yang berada di bangku simpanan kerana masih berada dalam pemulihan kecederaan paha, PSG memberi peluang terhadap Icardi bagi mengetuai jentera serangan di Istanbul.

Kepercayaa­n itu dibalas Icardi pada minit ke-52 permainan dengan memanfaatk­an sepenuhnya hantaran Pablo Sarabia bagi menewaskan penjaga gol Galatasara­y, Fernando Muslera.

“Ia bukanlah gol paling sukar untuk dijaringka­n tetapi ia terhasil daripada permainan cemerlang pasukan. Dia juga berusaha keras,” kata jurulatih, Thomas Tuchel.

“Ia adalah bagus kerana kami bermain tanpa Neymar dan Cavani, serta Kylian.

“Saya sangat gembira kerana pasukan melakukan apa yang diperlukan. Ia adalah sukar tetapi kami berhak dapatkanny­a.” AFP

 ?? (Foto REUTERS) ?? Mauro Icardi (kanan) meraikan jaringanya bersama rakan sepasukan, Marquinhos menewaskan Galatasara­y 1-0, kelmarin.
(Foto REUTERS) Mauro Icardi (kanan) meraikan jaringanya bersama rakan sepasukan, Marquinhos menewaskan Galatasara­y 1-0, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia