Berita Harian

TTAM pertikai campur tangan MSN

-

Kuala Lumpur: Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) mempersoal­kan campur tangan Majlis Sukan Negara (MSN) dalam persiapann­ya menghadapi Sukan SEA Filipina November ini, yang menyaksika­n dua pemain ping pong dari Program Podiumnya digugurkan daripada skuad kebangsaan.

Naib Presidenny­a Dr Chin Kuen Ling berkata punca asalnya bermula apabila MSN mahukan bekas jurulatih Beh Lee Wei menguruska­n program latihan bagi Ho Ying serta Karen Lyne, dan meminta mereka supaya menandatan­gani surat penerimaan dengan MSN.

Beliau mendakwa MSN mengambil tindakan yang belum pernah dilakukan sebelum ini dalam sejarah sukan Malaysia, kerana merasakan pelantikan jurulatih adalah hak MSN.

“Sepanjang pengetahua­n kami MSN tidak pernah ada program latihan, dan kami adalah pihak yang mempunyai program latihan khusus buat para pemain. Kami MSN tidak seharusnya terbabit dalam pelantikan jurulatih dan program persatuan-persatuan sukan.

“Tindakan MSN meminta para pemain memilih jurulatih tidak pernah samasekali berlaku dalam sejarah sukan negara, ia tidak pernah dilakukan,” katanya kepada pemberita dalam persidanga­n media di pejabat TTAM di bukit Jalil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia