Berita Harian

Pemenang dibayar tunai

-

Kuala Lumpur: Perlumbaan basikal Tour of Peninsular (TOP) 2019 yang bermula 15 hingga 19 Oktober ini tetap berjalan lancar meskipun terpaksa mengubah laluan membabitka­n negeri Kelantan.

Ketua Pegawai Operasi (COO) TOP 2019, Emir Abdul Jalal berkata perubahan laluan itu berikutan tempoh perkabunga­n kerajaan Kelantan atas kemangkata­n Almarhum Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada 28 September lalu.

Katanya, perlumbaan yang bermula di Terengganu tidak akan melalui Kelantan yang dijadual pada peringkat ketiga namun akan merentasi Pahang dengan bagaimanap­un pusingan penamat masih dikekalkan di Setiawangs­a, Kuala Lumpur.

Perlumbaan TOP yang berbaki kira-kira dua minggu menerima tajaan dari Opimax Holdings Sdn Bhd sebagai penaja utama dalam membantu menguruska­n acara berstatus UCI 2.1 pertama di Malaysia ini.

Pada majlis yang berlangsun­g semalam, penganjur turut menyampaik­an replika cek jumlah sepenuhnya hadiah kemenangan TOP 2019 sebanyak RM329,500.00 kepada Presiden Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abdul Wahab.

Semua pasukan dan pelumba yang memenangi hadiah dalam setiap kategori akan dibayar secara tunai pada hari terakhir perlumbaan supaya dapat memberikan persepsi positif untuk menarik minat pasukan besar pada masa akan datang.

Pihak penganjur pada masa yang sama menyampaik­an tauliah tugasan kepada semua kontraktor yang membantu penganjura­n acara TOP 2019 dengan menlunaska­n pembayaran sekurang-kurangnya 80 peratus dari kontrak mereka sebelum perlumbaan bermula.

Abu Samah berkata usaha penganjur, Motoshoot Event Sdn Bhd patut dicontohi acara sukan berbasikal lain kerana ia dapat meningkatk­an kepercayaa­n kepada pasukan utama dunia datang ke Malaysia pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Pengerusi Eksekutif Motoshoot Event Sdn Bhd, Datuk Muhd Opandi Che Wook berkata selain bersyukur mendapat penajaan besar pada waktu yang singkat, penganjur turut menghargai penaja lain yang menaruh minat namun tidak dapat menyertai penganjura­n kali ini.

 ?? (Foto Saifulliza­n Tamadi/bh) ?? Muhd Opandi menerima tajaan daripada Pengarah Opimax Holdings Sdn Bhd, Ahmad Rosli Yaakob (kanan) disaksikan Abu Samah (tengah) pada majlis penyampaia­n tajaan TOP di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Saifulliza­n Tamadi/bh) Muhd Opandi menerima tajaan daripada Pengarah Opimax Holdings Sdn Bhd, Ahmad Rosli Yaakob (kanan) disaksikan Abu Samah (tengah) pada majlis penyampaia­n tajaan TOP di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia