Berita Harian

‘Pengadil sentap semangat kami’

-

Kuala Terengganu: Kapten Terengganu FC (TFC), Lee Tuck meluahkan kekecewaan­nya susulan penyingkir­an pasukan itu di peringkat suku akhir Piala Malaysia kepada Johor Darul Ta‘zim (JDT), Sabtu lalu.

Selepas empat hari ‘mengunci’ mulut, pemain berdarah campuran England-malaysia itu berkata tindakanny­a mendiamkan diri bukan disebabkan prestasi TRFC yang gagal mengulangi pencapaian musim lalu dengan mara ke final.

Begitupun, dia terkilan dengan mutu pengadilan pada aksi yang berlangsun­g di gelanggang lawan Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin itu.

“Apa yang saya lihat pemain JDT bermain dengan bagus serta mampu mencipta peluang dengan baik sehingga menyukarka­n kami memecah benteng mereka dan seharusnya mereka berhak menang.

“Namun daripada sudut pengadil ada ketikanya tidak mengadili perlawanan itu dengan baik. Pengadil dilihat ada membuat beberapa kesilapan yang menyentap semangat pasukan kami.

“Sebagai contoh secara jujurnya saya tidak nampak ia sepakan penalti untuk gol pertama kerana ketika itu saya hanya memerhatik­an bola, namun apabila saya menonton semula insiden itu, ia memang kelakuan agak kasar, tapi ada pengadil yang memberikan sepakan penalti dan ada pengadil sebaliknya.

“Persoalann­ya ialah bola tersebut tidak begitu membahayak­an, kelihatan tidaklah nampak sangat pemain TFC menarik baju, namun itu keputusan pengadil, saya tidak mahu ulas dan mempertika­ikan keputusan itu kerana ia sudah berlalu tapi sedikit kecewa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia