Berita Harian

Mukhairi, Luqman Hakim dalam radar Cheng Hoe

-

Kuala Lumpur: Dua pemain muda negara, Mukhairi Ajmal dan Luqman Hakim Shamsudin perlu meningkatk­an lagi prestasi mereka memandangk­an mereka bakal menjadi ‘taring baharu’ skuad Harimau Malaya, tahun hadapan.

Ini selepas pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengesahka­n dua pemain skuad Bawah 18 tahun (B-18) itu berada dalam ‘radarnya’ dengan dia bersedia memberi peluang kepada mereka bersama skuad senior selepas ini.

“Berdasarka­n falsafah saya, saya suka melihat beberapa pemain muda membarisi skuad kebangsaan kerana mereka ini adalah masa depan kita dan mereka memiliki tenaga untuk beraksi.

“Dua pemain ini (Mukhairi dan Luqman) nampak menonjol bersama skuad B-18 dan masih lagi berada dalam pemerhatia­n kita namun ketika ini, mereka ada aksi penting pada November.

“Mungkin selepas pusingan kelayakan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) itu, kita akan beri peluang kepada mereka namun mereka perlu terus berusaha keras sehingga mencapai tahap antarabang­sa pasukan senior kerana bakat sahaja tidak menjamin masa depan,” katanya.

Dalam masa sama, sekalipun membariska­n ramai pemain berusia bawah 30 tahun sekali gus menyaksika­n purata usia pemain skuad kebangsaan menjadi 25 tahun, bekas jurulatih Kedah itu sama sekali tidak menafikan impak yang diberikan pemain senior sekali gus menyebabka­n khidmat mereka terus ditagih dalam skuad kebangsaan.

“Kita tidak boleh lupakan pemain senior kerana pengalaman mereka beraksi di pentas antarabang­sa dan peranan mereka adalah untuk membimbing pemain muda.

“Saya juga mahukan pemain muda belajar sesuatu daripada pemain senior,” katanya.

Saya suka untuk melihat beberapa pemain muda membarisi skuad kebangsaan kerana mereka ini adalah masa depan kita.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia