Berita Harian

Faisal sedia perkukuh posisi tengah Tok Gajah

Tak kisah berubah posisi bertemu Lang Merah

- Oleh Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

Kuantan: Pemain Pahang, Mohd Faisal Rosli tidak berdepan masalah bertukar posisi ke bahagian tengah berbanding tugas asalnya di bahagian pertahanan skuad Tok Gajah.

Dia yang pernah beraksi di posisi itu pada 2016 sebelum diarah mengawal kubu Tok Gajah sentiasa bersedia sekiranya menjadi pilihan jurulatih, Dollah Salleh.

“Saya tidak berdepan masalah beraksi di posisi tengah tapi ia bergantung kepada keputusan jurulatih apabila diletakkan di bahagian tengah pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia berdepan Melaka United Ahad lalu.

“Ini adalah kali pertama bertukar posisi selepas 2016 dan saya selesa tapi pada separuh akhir nanti mungkin saya kembali ke posisi asal.

“Berdepan Melaka United, saya menggantik­an tempat Nor Azam Azih yang cedera dan selesa serta puas hati kerana membantu Pahang menang 3-1 ke atas Melaka United,” katanya.

Ditanya aksi separuh akhir pertama di Stadium Darul Aman 19 Oktober ini, Mohd Faisal atau diberi julukan Tocang mengakui lawan memiliki kelebihan terutama sokongan padu peminat Lang Merah.

Namun, katanya, dia dan rakan sepasukann­ya percaya mereka mampu untuk menafikan Kedah daripada beroleh kemenangan.

“Oleh itu kami tidak boleh tewas di Alor Setar dan jika menang atau seri ia memberi kelebihan untuk mempamerka­n aksi lebih baik pada perlawanan kedua di Kuantan nanti.

“Musim lalu misi kami tersekat di suku akhir dan sudah pasti apabila berada di tahap ini, final menjadi impian kami,” katanya.

 ??  ?? Mohd Faisal (tengah) tidak kekok bermain di posisi tengah 2016. kerana pernah bermain di posisi berkenaan pada
Mohd Faisal (tengah) tidak kekok bermain di posisi tengah 2016. kerana pernah bermain di posisi berkenaan pada
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia