Berita Harian

Penjawat awam kena penjara sehari, denda

-

Kota Kinabalu: Seorang pembantu tadbir Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Kota Kinabalu dihukum penjara sehari dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Khas Rasuah, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah menerima wang suapan pada 2017.

Roslan Bior, 39, mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana menerima satu barang berharga tanpa balasan, iaitu wang tunai berjumlah RM1,290, daripada seorang individu.

Hakim Abu Bakar Manat memerintah­kan hukuman penjara dilaksanak­an semalam dan penjara tiga bulan lagi jika gagal membayar denda.

Pihak pendakwaan diketuai Pegawai Pendakwa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Mohd Faliq Basiruddin, mengemukak­an dua pertuduhan, iaitu mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan pertuduhan pilihan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Berdasarka­n fakta kes, tertuduh didakwa menerima suapan RM1,290 daripada seorang individu sebagai dorongan memproses pembayaran dana interim Stage Bus Support Fund (SBSF) atas nama Syarikat Pengangkut­an Nursaiful bagi 2016 yang berjumlah RM12,899.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia