Berita Harian

Polis tahan 3 lelaki, rampas dadah lebih RM300,000

-

Polis juga merampas pelbagai peralatan dan bahan untuk memproses, menimbang serta membungkus dadah. Dev Kumar, Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak

Miri: Polis menahan tiga lelaki serta merampas dadah dianggarka­n bernilai lebih RM300,000 dalam dua serbuan di Luak Bay, di sini, pada Ahad dan Isnin lalu.

Operasi dilancarka­n sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, berdasarka­n hasil risikan dan maklumat awam.

Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata dalam serbuan pertama di tingkat satu sebuah rumah kedai, pada jam 7.40 malam Ahad lalu, tiga lelaki tempatan berusia antara 32 hingga 47 tahun ditahan.

“Pasukan polis turut merampas dadah membabitka­n 4,044 biji pil ekstasi dengan berat kasar 1,260 gram (g), serbuk ketamin (2,240g) dan campuran serbuk jus buah-buahan dengan ketamin (1,830g),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, di sini, semalam.

Dev berkata, polis juga merampas pelbagai peralatan dan bahan untuk memproses, menimbang serta membungkus dadah.

Selain itu, katanya, polis menyita dua kereta, sejumlah wang tunai, barang kemas dan jam tangan dengan semua rampasan, termasuk dadah, dianggarka­n bernilai RM409,917.

Beliau berkata, hasil soal siasat terhadap ketiga-tiga suspek, serbuan kedua dibuat di sebuah rumah di Luak Bay, kira-kira jam 4 petang Isnin lalu.

“Dalam serbuan kedua itu, polis menemui serbuk ketamin seberat 416g dan campuran serbuk jus buah-buahan dengan ketamin seberat 695g,” katanya.

Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis methamphet­amine.

“Ketiga-tiga suspek direman tujuh hari bermula 30 September lalu bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia