Berita Harian

Sisa buangan kilang punca Sungai Segaliud tercemar

JAS kumpul bukti, laporan lengkap dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut

- Oleh Hazsyah Abdul Rahman bhnews@bh.com.my

Sandakan: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah mengesahka­n pencemaran Sungai Segaliud di sini, minggu lalu, dipercayai berpunca daripada sisa buangan kilang di kawasan berhampira­n.

Pengarahny­a, Amirul Aripin, berkata sepasukan pegawai segera menjalanka­n pemeriksaa­n di sungai itu selepas menerima laporan berhubung pencemaran berkenaan pada 26 September lalu.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada sisa buangan sebuah kilang yang sudah dikenal pasti.

“Dakwaan pencemaran berlaku di Sungai Segaliud didapati berasas berdasarka­n siasatan pihak kami.

“Kami sedang giat menjalanka­n proses pengumpula­n bukti di lapangan dan akan menyiapkan siasatan lengkap dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Media sebelum ini melaporkan penduduk mendapati air Sungai Segaliud bertukar kepada warna hitam, selain bangkai ikan dan udang mati timbul di permukaan sungai.

Sementara itu, nelayan, Mail Until, 44, berkata sumber pendapatan mereka terjejas sejak sungai berkenaan tercemar akibat perbuatan pihak tidak bertanggun­gjawab.

“Tiada ikan dan udang boleh dipukat kerana boleh dikatakan semua sudah mati. Malah, benih ikan dan anak ikan pun mati.

“Biasanya selepas berlaku pencemaran sebegini, ia akan mengambil tempoh hingga enam bulan atau setahun, barulah ikan dan udang dapat dipukat semula,” katanya.

Justeru, beliau berharap masalah berkenaan diselesaik­an segera dan pada masa sama, ada pihak dapat membantu mereka kerana rata-rata nelayan di kampung itu kini hilang sumber pendapatan.

 ?? (Foto ihsan pembaca) ?? Keadaan air Sungai Segaliud yang bertukar hitam dipercayai akibat sisa buangan kilang. selepas pencemaran
(Foto ihsan pembaca) Keadaan air Sungai Segaliud yang bertukar hitam dipercayai akibat sisa buangan kilang. selepas pencemaran
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia