Berita Harian

Kaji kerjasama hiliran dengan Indonesia

-

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri akan melihat langkah sesuai bagi mewujudkan kerjasama berkaitan aktiviti hiliran industri minyak dan gas dengan wilayah Kalimantan, Indonesia, khususnya dalam penghasila­n baja bagi memenuhi keperluan sektor pertanian dan perladanga­n di wilayah itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata kerjasama itu boleh direalisas­ikan menerusi pembabitan syarikat minyak negara masing-masing iaitu PETRONAS dan PERTAMINA.

Beliau berkata, kilang baja urea sedia ada di Sabah yang dibangunka­n PETRONAS menerusi Projek Ammonia Urea Sabah (SAMUR) di Taman Perindustr­ian Minyak dan Gas Sipitang boleh dimanfaatk­an bagi tujuan itu.

“Dalam konteks ini, Sabah mempunyai kemampuan menghasilk­an baja, manakala Kalimantan mempunyai segala sumber yang diperlukan untuk dijadikan bahan membuat baja.

“Sabah akan melihat langkah yang ada untuk membolehka­n kerjasama ini dapat direalisas­ikan,” katanya dalam satu kenyataan selepas melawat Refinery Unit V, PERTAMINA, sempena lawatan kerja ke Balikpapan, Kalimantan Timur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia