Berita Harian

Pasukan khas selenggara jalan raya

-

Sukau: Sebuah pasukan khas akan dibentuk bermula tahun hadapan yang bertanggun­gjawab memastikan setiap jalan raya, khususnya di pantai timur dan pantai barat diselengga­ra demi keselesaan rakyat.

Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur, Datuk Peter Anthony, berkata selain penyelengg­araan jalan raya, kemudahan akses jalan baharu juga perlu disediakan kepada penduduk yang sejak 20 hingga 30 tahun lalu tidak mempunyai akses jalan raya.

Katanya, beliau percaya banyak lagi tempat di 25 daerah di negeri ini yang memerlukan kemudahan jalan raya yang baik.

“Kita pastikan tahun depan pasukan penyelengg­araan akan dibentuk untuk memastikan setiap jalan raya diselengga­ra dan selepas ini, banyak tempat perlu kita lihat. Sudah tentu pada peringkat kementeria­n, ia meliputi 25 daerah termasuk daerah kecil.

“Kita mesti ada perancanga­n baharu dan saya percaya kita boleh lakukan dan dari segi tenaga, kita sudah bersedia,” katanya selepas meninjau projek penyelengg­araan jalan serta tapak cadangan projek pembinaan jambatan kedua Sukau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia