Berita Harian

Rancha-rancha Darat dilanda banjir kilat

-

Labuan: Hujan lebat selama enam jam bermula jam 9 malam kelmarin, menyebabka­n banjir hingga paras pinggang melanda Kampung Rancha-rancha Darat, di sini.

Sekurang-kurang lima rumah penduduk terjejas akibat banjir kilat itu yang turut merosakkan harta benda seperti kenderaan dan perabot.

Penjawat awam, Mohd Rezuan Abd Hassan, 39, berkata kejadian itu disedari isterinya ketika bangun kira-kira jam 12 tengah malam untuk membancuh susu bayi mereka yang berumur setahun.

“Ketika itu, air sudah naik setinggi 0.6 meter. Saya segera menyelamat­kan isteri bersama tiga anak ke rumah saudara-mara berhampira­n yang tidak terjejas, kerana bimbang paras air semakin meningkat,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Mohd Rasid Jaludin, 55, berkata beliau dan isterinya sedang tidur apabila dikejutkan bunyi bising di luar rumah.

Beliau berkata, apabila menjenguk ke luar rumah, air didapati sudah naik hingga paras pinggang dan sekeliling rumah menjadi seperti kolam ikan.

Katanya, beliau bersama isteri kemudian segera keluar dari rumah untuk menyelamat­kan diri.

Mohd Rasid yang bekerja sendiri berharap pihak berwajib dapat segera menyelesai­kan masalah longkang tersumbat di sebuah projek terbengkal­ai berhampira­n kerana mendakwa air akan melimpah masuk ke perkampung­an itu setiap kali hujan lebat.

Sementara itu, Ketua Kampung Rancha-rancha, Awang Damit Bakar, berkata beliau sudah memaklumka­n perkara itu kepada pihak yang berkenaan seperti Perbadanan Labuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n serta Jabatan Pengairan dan Saliran bagi membantu menyelesai­kan masalah penduduk.

BERNAMA

 ??  ?? Mohd Rasid melihat keadaan rumahnya yang dimasuki air akibat hujan lebat di Kampung Rancha-rancha Darat, Labuan.
Mohd Rasid melihat keadaan rumahnya yang dimasuki air akibat hujan lebat di Kampung Rancha-rancha Darat, Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia