Berita Harian

Subsidi petrol bayar masuk akaun bank

2 juta penerima BSH miliki kenderaan berdaftar layak dapat bantuan

- Oleh Wartawan BH bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Program subsidi petrol bersasar akan dibayar secara tunai terus ke dalam akaun bank penerima yang layak, bukan menggunaka­n kad subsidi seperti yang dikatakan sebelum ini.

Menurut sumber, penerima adalah mereka dalam senarai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang memiliki kenderaan berdaftar dan dua juta layak menerima subsidi itu.

“Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, akan mengumumka­n butiran penuh mengenainy­a Isnin ini,” katanya.

Program yang sepatutnya diumumkan pada suku kedua tahun ini seperti dinyatakan sebelum ini mengambil masa kerana beberapa isu.

Antaranya ialah pengumpula­n data yang memerlukan penelitian seperti silang semak, data BSH dan data daripada pelbagai agensi serta jabatan berkaitan.

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selesai membuat kajian dan libat urus dengan pemegang taruh, syarikat pembekal petrol, syarikat kewangan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan kepengguna­an.

Belanjawan 2019 yang dibentangk­an Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, pada November tahun lalu menyatakan pemilik kereta berkapasit­i enjin 1,500cc dan motosikal berkapasit­i enjin 125cc akan menikmati subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter.

Menerusi mekanisme subsidi itu, pemilik kereta akan menerima subsidi petrol RON95 terhad kepada 100 liter bagi pemilik kereta dan 40 liter bagi motosikal.

Guan Eng dilaporkan berkata, mekanisme baharu itu bermula pada suku kedua 2019.

Bagaimanap­un, pada Julai lalu, Saifuddin dilaporkan berkata, jadual pelaksanaa­n kaedah itu sedikit tersasar kerana mekanisme lengkap subsidi perlu mendapat kelulusan Kabinet.

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH pada 23 April dan 24 Mei lalu.
Keratan akhbar BH pada 23 April dan 24 Mei lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia