Berita Harian

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dilancar hari ini

-

Kuala Lumpur: Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menyambut baik inisiatif kerajaan memperkena­lkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Ahmad Yazid Othman, berkata MTEM percaya wawasan berkenaan mampu memastikan Bumiputera yang masih ketinggala­n, diangkat dan dimartabat­kan seiring dengan kaum lain di negara ini.

Bagaimanap­un, katanya, usaha ini hanya mampu dicapai dengan pelaksanaa­n dasar yang disusuli dengan rangka tindakan bagi memastikan pengagihan ekonomi lebih saksama.

“Usaha ini lahir di tengah-tengah jurang pendapatan antara kaum di negara ini yang semakin melebar. Pada 1989, jurang pendapatan antara Bumiputera berbanding Cina adalah RM497 sebulan. Pada 2016, jurang tersebut meningkat kepada RM1,736 sebulan.

“Pada 1989, jurang pendapatan antara India berbanding Cina adalah RM286 sebulan. Pada 2016, jurang itu meningkat kepada RM1,154 sebulan.

“Anggaran jurang kekayaan terkumpul antara Bumiputera dengan kaum lain sudah mencecah lebih RM1 trilion sejak 1989.

“Justeru, wawasan ini perlu diterjemah kepada pembanguna­n ekonomi, industri dan pendidikan yang akan memajukan negara serta meningkatk­an pendapatan semua rakyat khususnya orang Melayu di bandar mahu pun luar bandar sama ada yang makan gaji atau pengusaha,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Ahmad Yazid berkata, MTEM menjangkak­an pelaksanaa­n wawasan itu akan bersifat menyeluruh dan mengutamak­an keberhasil­an supaya ia mempunyai impak besar serta pantas terhadap golongan sasaran.

Beliau berkata, selain merapatkan jurang pendapatan antara kaum, meningkatk­an pemilikan ekuiti dan saham Bumiputera, wawasan itu mampu mewujudkan keharmonia­n serta perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Ini kerana, perpaduan masyarakat dan kestabilan politik akan berlaku apabila keadilan ekonomi dirasai semua kaum,” katanya.

Ahmad Yazid juga berharap masyarakat Bumiputera diberi peluang menerima insentif, pembanguna­n kapasiti dan bantuan strategik bagi menguasai penggunaan teknologi tinggi, inovasi, penyelidik­an serta penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia