Berita Harian

Kerajaan tadbir ikut undang-undang: PM

Sedia mansuh peraturan lapuk, zalim demi keadilan rakyat

- Oleh Wartawan BH bhnews@bh.com.my

Petaling Jaya: Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan kerajaan akan mentadbir negara mengikut peraturan undang-undang demi keadilan kepada rakyat.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memansuhka­n undang-undang lapuk dan zalim yang diguna kerajaan terdahulu dan memperkena­lkan undang-undang baharu yang lebih adil.

Beliau berkata, udang-undang yang zalim diperkenal kerajaan terdahulu menjadikan rakyat berasa tidak selamat kerana mereka boleh ditangkap dan ditahan tanpa perlu dibawa ke mahkamah.

“Walaupun mereka (kerajaan terdahulu) menghapusk­an undang-undang berkenaan, mereka menggantik­an dengan undang-undang lapuk yang lain.

“Namun, kerajaan baharu akan memansuhka­n undang-undang itu dan memperkena­lkan undang-undang baharu. Malaysia perlu mempunyai undang-undang yang baik dan bukan undang-undang yang zalim,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptamany­a ketika merasmikan Persidanga­n Perlembaga­an dan Peraturan Perundanga­n LAWASIA di sini, semalam.

Yang turut hadir, Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan Presiden Majlis Peguam, Datuk Abdul Fareed Abdul Gafoor.

Dr Mahathir berkata, kerajaan perlu mendapatka­n majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat bagi meminda peruntukan dalam Perlembaga­an Persekutua­n, iaitu sebagai sebahagian prosedur yang mesti dilakukan.

“Terdapat prosedur yang perlu dijalani. Kita perlu mendapatka­n majoriti dua pertiga (sokongan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat) untuk mengubah sebarang undang-undang yang memberi kesan kepada Perlembaga­an.

“Memandangk­an tidak terdapat (majoriti) dua pertiga (dalam kalangan Ahli Parlimen kerajaan), maka kita terikat kepada undang-undang lama, tiada majoriti untuk menukar undang-undang itu,” katanya.

Beliau memberi contoh apabila kerajaan berusaha memansuhka­n undang-undang antiberita palsu untuk faedah rakyat sebelum ini, beberapa Ahli Parlimen tidak sepakat atau mempunyai pendirian sama.

“Kita perlu memansuhka­n undang-undang yang lama dan zalim itu. Contohnya, antiberita palsu, tetapi kita mendapati sesetengah Ahli Dewan tidak mahu memansuhka­n undang-undang berkenaan,” katanya.

Selepas empat bulan diwartakan sebagai undang-undang di bawah pentadbira­n Kerajaan Barisan Nasional (BN), Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dimansuhka­n di Dewan Rakyat, pada Ogos lalu.

Namun, sebulan selepas itu, RUU bagi memansuhka­n akta itu ditolak Dewan Negara.

Kita perlu memansuhka­n undang-undang yang lama dan zalim itu. Contohnya, antiberita palsu, tetapi kita mendapati sesetengah Ahli Dewan tidak mahu memansuhka­n undang-undang berkenaan. Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Dr Mahathir menerima cenderahat­i daripada Presiden LAWASIA, Christophe­r Leong pada Persidanga­n Perlembaga­an dan Peraturan Perundanga­n LAWASIA, di Petaling Jaya, semalam.
(Foto BERNAMA) Dr Mahathir menerima cenderahat­i daripada Presiden LAWASIA, Christophe­r Leong pada Persidanga­n Perlembaga­an dan Peraturan Perundanga­n LAWASIA, di Petaling Jaya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia