Berita Harian

Kementeria­n Kewangan pertimbang cadangan lain ambil alih PLUS

-

Putrajaya: Kementeria­n Kewangan sedang mempertimb­ang cadangan lain daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) untuk mengambil alih PLUS Malaysia Sdn Bhd (PLUS) yang lebih menarik dan memberi manfaat kepada rakyat negara ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata ini kerana cadangan yang dikemukaka­n Khazanah tidak mempunyai elemen mengaut keuntungan berbanding cadangan entiti perniagaan.

Beliau berkata, walaupun kementeria­n belum lagi menerima cadangan firma ekuiti persendiri­an, RRJ Capital yang berpangkal­an di Hong Kong berkaitan pengambila­lihan itu, cadangan yang ditawarkan entiti perniagaan mungkin tidak sebaik yang dikemukaka­n sektor awam.

“Tawaran daripada entiti perniagaan tentunya mempunyai elemen keuntungan. Jika tiada elemen keuntungan, mana mungkin mereka (syarikat swasta) ingin membelinya.

“Khazanah pula tidak mempunyai elemen terbabit dan sudah pasti ia lebih baik untuk rakyat,” katanya selepas menghadiri majlis perhimpuna­n bulanan kementeria­nnya di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas laporan bahawa RRJ Capital dari Hong Kong membuat bidaan untuk membeli semua saham PLUS Malaysia.

Tawaran tunai RM3 bilion untuk 100 peratus saham PLUS Malaysia yang dimiliki UEM dan KWSP itu dikemukaka­n kepada Khazanah dan Menteri Kerja Raya, Baru Bian, minggu lalu.

Sekiranya berjaya, firma itu dikatakan akan mengurangk­an kadar tol 20 peratus secara menyeluruh.

Guan Eng berkata, entiti perniagaan sudah tentu mahu mencari keuntungan kerana ia adalah cara mereka beroperasi.

“Apabila syarikat swasta memperoleh PLUS, pasti akan ada elemen keuntungan. Dalam erti kata lain, rakyat perlu membayar tol yang tinggi tetapi jika ia milik awam tanpa elemen keuntungan, pastinya pembayaran tol lebih rendah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia