Berita Harian

‘Insentif strategi positif pupuk integriti’

-

Pelabuhan Klang: Tawaran ganjaran kepada penjawat awam yang mendedahka­n kegiatan rasuah serta penyelewen­gan dilihat strategi positif dan mampu mendorong lebih ramai individu tampil menyalurka­n maklumat mengenainy­a.

Ketua Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya, berkata ganjaran itu dapat menggalakk­an lagi ketelusan dan memupuk sifat integriti dalam kalangan penjawat awam bagi mengekang gejala rasuah.

“Mana-mana individu tidak sepatutnya berasa takut untuk tampil menyalurka­n maklumat (mengenai kegiatan rasuah). Malah, jika ada penjawat awam sendiri yang tampil kepada SPRM untuk memberi maklumat, mereka juga akan diberikan ganjaran.

“Bagaimanap­un, maklumat yang diberi amatlah diharapkan mampu menjurus kepada pembendung­an gejala rasuah,” katanya kepada BERNAMA selepas pelancaran Kempen Perangi Perasuah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) oleh Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Paddy Abd Halim, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Latheefa berkata pemberian ganjaran itu bukanlah perkara baharu kerana ia sudah lama dilaksanak­an SPRM namun kurang mendapat sambutan daripada orang ramai termasuk penjawat awam.

Justeru, katanya, SPRM akan menghidupk­an semula inisiatif pemberian ganjaran itu supaya lebih banyak maklumat yang boleh dipercayai dapat disalurkan bagi membendung kegiatan rasuah masa kini.

Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) tidak bersetuju kakitangan awam yang mendedahka­n salah laku dan penyelewen­gan, diberikan insentif tunai sehingga RM30,000.

Sebaliknya, Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda, mencadangk­an kakitangan berkenaan dihargai dengan kenaikan gaji kerana ia lebih menjamin kedudukan kewanganny­a berbanding insentif tunai.

“Tawarkan mereka kenaikan gaji, sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali. Itu lebih menjamin masa depan dan lebih baik untuk jangka panjang.

“Kita perlu sedar, ada penjawat awam yang tidak mampu memohon pinjaman perumahan kerana gaji asas yang rendah dan tidak melepasi syarat minimum.

“Jika mereka menerima kenaikan gaji, sudah tentu mereka akan layak,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat CUEPACS, di Kuala Lumpur semalam.

Mengulas lanjut, Azih berkata cadangan itu pastinya secara tidak langsung akan meningkatk­an moral kakitangan untuk membantu kerajaan membersihk­an sebarang salah laku, namun mereka juga perlu dilindungi sepenuhnya.

“Mereka adalah pemberi maklumat, mesti dilindungi. Setiap aduan yang diterima mesti diteliti sepenuhnya tanpa ada sebarang pilih kasih,” katanya.

Tawarkan mereka kenaikan gaji, sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali. Itu lebih menjamin masa depan dan lebih baik untuk jangka panjang. Azih Muda, Presiden CUEPACS

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia