Berita Harian

Naratif pembanguna­n menstruktu­r ekonomi

Pelaksanaa­n pastikan semua rakyat nikmati taraf hidup wajar menjelang 2030

-

Kuala Lumpur: Dalam usaha mencapai tahap negara maju, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan perkembang­an ekonomi bukanlah satu-satunya petunjuk kejayaan. Ia boleh diukur daripada pelbagai dimensi termasuk yang tidak langsung bersifat ekonomi.

Begitu juga dengan kemakmuran negara. Kerangka fikiran lama yang menekankan penguranga­n kadar kemiskinan dan mengumpul kekayaan semata ternyata tidak bererti sekiranya ada kelompok yang tercicir, apatah lagi dalam kemelut ekonomi sekarang.

Justeru, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) yang bakal dilancarka­n Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini bertindak sebagai naratif baharu pembanguna­n dalam menstruktu­r ekonomi supaya semua rakyat menikmati taraf hidup yang wajar menjelang 2030.

Dalam hal ini, fokus WKB2030 adalah menangani ketidaksei­mbangan ekonomi – yang mana kita berhadapan dengan jurang yang semakin melebar antara kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan - serta membawa Malaysia keluar dari belenggu perangkap pendapatan pertengaha­n.

Masalah utama negara kini bukanlah menangani kemiskinan tegar tetapi pengagihan dan pelaksanaa­n dasar yang berkesan.

Namun, WKB2030 yang menekankan peluang sama rata kepada seluruh rakyat Malaysia telah mencetuska­n kegusaran kalangan Bumiputera - adakah kepentinga­n dan hak mereka tidak lagi dilindungi?

Dari sisi lain, ada yang mempersoal­kan di mana hak sama rata yang dijanjikan sebelum ini oleh Pakatan Harapan apabila tindakan afirmatif masih lagi dilaksanak­an.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin, menjelaska­n dasar ini bukanlah meninggalk­an agenda Bumiputera sama sekali tetapi menitikber­atkan hasil untuk Bumiputera.

“Ini bukan dasar berdasarka­n kaum tetapi berasaskan keperluan dan menangani jurang ekonomi dalam konteks pendapatan tanpa mengira bangsa.

“Pada masa yang sama kita harus memperakui dan berlaku jujur, lebih 70 peratus populasi B40 terdiri daripada Bumiputera dan sebaliknya pula untuk golongan T20,” katanya ketika taklimat di Putrajaya baru-baru ini.

Golongan Bumiputera juga tercorot dalam kedudukan pemilikan kekayaan dan pendapatan. Sejarah juga telah membuktika­n kesan negatif ketidaksei­mbangan sosioekono­mi boleh mengancam perpaduan nasional.

Ketidaksei­mbangan ekonomi dan jurang pendapatan yang melebar akan mencetuska­n rasa tidak selamat serta defisit kepercayaa­n dalam kalangan rakyat dan ia tidak akan membantu sesiapa.

Maka perlu diwujudkan tahap keselesaan dasar ekonomi untuk menyatukan rakyat kerana ekonomi yang saksama adalah elemen penting perpaduan.

Justeru, WKB2030 akan menangani kemiskinan relatif, kumpulan rentan ekonomi, kurang simpanan persaraan dan keselamata­n kewangan serta perhatian akan diberikan kepada golongan khusus seperti masyarakat Orang Asli, kurang upaya dan mereka yang dalam transisi ekonomi seperti peneroka dan setinggan.

“Peluang yang sama belum tentu menghasilk­an keputusan yang serupa. Sedangkan negara satu bangsa pun sukar untuk stabil sekiranya ada masalah jurang ekonomi yang ketara, apatah lagi berbilang kaum seperti Malaysia.

“Harus ditekankan bahawa ini bukan pendekatan sosialis yang akan menghantar isyarat yang salah kepada pasaran. Ini adalah penekanan kepada hasil. Jurang akan sentiasa wujud tetapi yang harus kita tangani adalah memastikan ia dalam kadar yang munasabah,” kata Mohd Radzi.

Menurut Jabatan Perangkaan, jurang pendapatan antara Bumiputera dan etnik Cina melebar sebanyak 3.5 kali ganda tahun lepas berbanding 30 tahun, manakala berbanding etnik India pula ia melebar empat kali lipat.

Jurang pembanguna­n antara wilayah dan negeri yang tidak saksama juga perlu diselesaik­an. Malah jurang pembanguna­n dan ekonomi antara daerah seperti Sungai Petani, Sik dan Baling di Kedah juga dapat dirasakan dengan ketara meskipun kawasan ini terletak berdekatan.

WKB2030 juga akan mengawal situasi sabotaj terhadap agenda ekonomi Bumiputera seperti yang terjadi dalam dasar sebelum ini yang mana terdapat terlalu banyak ketirisan.

Kajian mendapati 50 peratus daripada RM1.0 trilion kontrak perolehan kerajaan untuk pembanguna­n, bekalan dan perkhidmat­an sepanjang Rancangan Malaysia Ke-7 (RMKE-7) ke RMKE-10 diberikan kepada Bumiputera namun ia hanya menyumbang 9.0 peratus terhadap pertumbuha­n KDNK.

Sebahagian besar puncanya adalah penyalahgu­naan kuasa, rasuah dan salah urus atas nama Bumiputera. Penyertaan Bumiputera juga tidak berkesan dalam ekonomi terutama apabila penglibata­n syarikat berkaitan kerajaan dikeluarka­n (GLC).

Kita tidak perlu bersikap apologetik dalam menangani masalah keseimbang­an ekonomi supaya perubahan berlaku secara struktur dan bukan sekadar kitaran). Dalam masa yang sama, kita harus memperakui dan berterus terang bahawa ketidaksei­mbangan ekonomi ini berlaku berdasarka­n populasi negara.

Perkara yang sudah berlarutan selama 30 tahun tidak boleh selesai dalam jangka waktu pendek dan kali ini kita tidak boleh menggunaka­n formulasi serta dasar yang sama.

Peluang sama rata adalah keperluan mutlak, namun ia tidak mencukupi dalam membina masyarakat yang adil dan cekap untuk menikmati kemakmuran bersama.

 ??  ?? Mohd Radzi Md Jidin
Mohd Radzi Md Jidin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia