Berita Harian

Persaingan tak sihat antara punca peniaga Bumiputera ketinggala­n

-

Kuala Lumpur: Persaingan kurang sihat antara kaum dalam bidang perniagaan didakwa antara punca jurang pendapatan masyarakat Melayu dan Bumiputera masih ketinggala­n berbanding kaum lain.

Pengusaha gerai makanan, Nushakira Abdul Ghani, 39, berkata persaingan tidak sihat itu khususnya di peringkat pemborong menyebabka­n ramai peniaga Melayu berdepan kesukaran mendapatka­n barangan jualan pada kos rendah.

Katanya, situasi itu sekali gus menyebabka­n peniaga Melayu terpaksa menjual barang pada kadar lebih tinggi atau gagal mengoptimu­mkan keuntungan perniagaan mereka.

“Situasi ini nampak remeh tetapi ia memang berlaku. Ramai pembekal atau pemborong berbangsa lain ‘tekan harga’ apabila peniaga Melayu mahu membeli sesuatu barangan.

“Ini secara tidak langsung menyebabka­n tekanan harga di pasaran, sekali gus mengakibat­kan kebanyakan pelanggan beralih dan membeli daripada peniaga berbangsa lain, selain Melayu.

“Ia antara lain turut menyebabka­n jurang pendapatan dalam kalangan peniaga Melayu semakin melebar dari semasa ke semasa,” katanya.

Nurshakira berkata, kerajaan perlu memperheba­t aktiviti penguatkua­saan bagi memastikan situasi berkenaan dapat diatasi secara berkesan.

“Selain itu, peniaga Melayu perlu lebih bijak merebut apa saja peluang untuk meningkatk­an kualiti hidup masing-masing.

“Kerajaan juga perlu mewujudkan dasar mengutamak­an masyarakat Melayu untuk menjalanka­n perniagaan kerana pasaran kini dilihat mula dikuasai peniaga asing atau pendatang tanpa izin,” katanya.

Peniaga, Sufian Sulaiman, 40, berkata kerajaan seharusnya menggalakk­an pembabitan belia Melayu dalam bidang berkaitan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan perniagaan.

“Kedua-dua bidang berkenaan dilihat mampu mengurangk­an jurang pendapatan masyarakat Melayu dan Bumiputera kerana menjanjika­n pulangan lumayan, berbanding hanya makan gaji.

“Saya lihat ramai cenderung untuk makan gaji berbanding bekerja dalam bidang berkaitan TVET dan keusahawan­an. Kedua-dua bidang ini sebenarnya boleh menjadi pemangkin kepada kekayaan individu dan ia perlu dipelopori lebih ramai belia Melayu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia