Berita Harian

Rapat jurang ekonomi

Pelaksanaa­n dasar baharu perlu menyeluruh elak Bumiputera terus terpinggir

- Bhnews@bh.com.my

Oleh Ahmad Suhael Adnan, Mohd Yusri Muzamir, Poliana Ronnie Sidom, Muhd Amirul Faiz Ahmad, Recqueal Raimi dan Khalid Latip Kuala Lumpur: Meskipun pelbagai inisiatif dasar dan insentif diperkenal­kan kerajaan kepada golongan Bumiputera, secara keseluruha­n taraf ekonomi kaum itu dilihat masih tidak sejajar dengan pembanguna­n negara.

Antaranya, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenal­kan pada 1970 sehingga 1990, disusuli Dasar Pembanguna­n Nasional (DPN) pada 1991 hingga 2000, tidak meninggalk­an impak ketara yang diharapkan kepada pertumbuha­n ekonomi Bumiputera.

Pakar ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai, berkata jurang ekonomi antara Bumiputera dan bukan Bumiputera berlaku akibat acuan dasar ekonomi negara yang hanya mengutamak­an pembanguna­n pesat tanpa fokus kepada kesan agihan kepada masyarakat secara adil dan saksama.

Katanya, sejak merdeka, dasar negara hanya tertumpu kepada kumpulan peniaga dan industri untuk membangunk­an ekonomi dan kebanyakan peluang dan insentif disediakan dalam sektor berkenaan.

Barjoyai berkata, majoriti orang Melayu dan Bumiputera, iaitu sekitar 80 peratus yang asalnya petani, kini menjadi kumpulan pekerja, hasil kejayaan dasar yang mengutamak­an pendidikan.

“Masalahnya ialah kadar gaji dibayar berasaskan pada produktivi­ti, namun kita tidak beri tumpuan besar pada kadar produktivi­ti hingga ia stagnant (tidak berubah) sejak 2010, menyebabka­n gaji tidak meningkat sama ada di sektor awam atau swasta.

“Statistik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenai kumpulan pekerja makan gaji, 50 peratus daripada pencarum memiliki gaji kurang RM2,000, sekali gus membayangk­an tahap pendapatan orang Melayu dan Bumiputera,” katanya.

Berdasarka­n kajian Institut Penyelidik­an Khazanah (KRI) pula, katanya, Bumiputera memiliki jumlah simpanan yang sangat kecil, iaitu secara purata kurang RM1,500.

Barjoyai berkata, orang Melayu juga tidak menumpukan usaha membeli hartanah, berbanding kaum Cina yang berminat mengumpul hartanah hingga lebih 70 peratus hartanah di bandar di miliki kaum itu.

“DEB pula tidak membawa faedah kepada Bumiputera secara menyeluruh,” katanya.

Barjoyai berkata, dasar Wawasan Kemakmuran Bersama perlu mengupaya, melatih dan memposisik­an semula Bumiputera yang berada dalam kumpulan pekerja, selain mewujudkan budaya cintakan perniagaan dalam kalangan Bumiputera.

“Bumiputera perlu dipupuk untuk membudayak­an perniagaan sebagai cara hidup, sekurang-kurangnya berniaga dari rumah, menggunaka­n konsep perniagaan mikro berdaya maju,

Bumiputera perlu dipupuk untuk membudayak­an perniagaan sebagai cara hidup, sekurangku­rangnya berniaga dari rumah menggunaka­n konsep perniagaan mikro.

Memang perlu diwujudkan satu program khas ‘replika DEB’ untuk membantu dan mengembang­kan ekonomi serta pendapatan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

iaitu melakukan perniagaan yang berpotensi menembusi pasaran global.

Pensyarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, berkata Bumiputera di Sabah dan Sarawak terpinggir kerana pembanguna­n lebih tertumpu di kota besar seperti Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Katanya, inisiatif seperti DEB pula tidak sampai ke Sabah dan Sarawak, sebaliknya kebanyakan yang memperoleh nikmat pembanguna­n hanyalah kelas menengah di Semenanjun­g.

“Memang perlu diwujudkan satu program khas ‘replika DEB’ untuk membantu dan mengembang­kan ekonomi serta pendapatan Bumiputera di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Katanya, ekonomi Bumiputera juga ketinggala­n berbanding kaum lain kerana literasi ekonomi masih kurang dalam kalangan Bumiputera, manakala sektor pengedaran dan bekalan sumber masih bergantung kepada peraih atau orang tengah.

“Peranan pemimpin politik tempatan pula masih boleh dipertingk­atkan dalam usaha membantu dan bersama kerajaan negeri dan Persekutua­n membantu meningkatk­an pendapatan serta mengembang­kan ekonomi setempat,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? Wawasan Kemakmuran Bersama perlu berupaya melatih dan merangsang Bumiputera berminat menceburi bidang perniagaan bagi merapatkan jurang pendapatan dengan kaum lain.
(Foto hiasan) Wawasan Kemakmuran Bersama perlu berupaya melatih dan merangsang Bumiputera berminat menceburi bidang perniagaan bagi merapatkan jurang pendapatan dengan kaum lain.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia