Berita Harian

Syor guna indikator baharu ukur dasar

Elak dapatan tak gambarkan kejayaan Bumiputera menyeluruh

-

Kuala Lumpur: Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030 yang akan dilancarka­n hari ini, disyorkan tidak menggunaka­n petunjuk sama seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam mengukur perkembang­an ekonomi Bumiputera.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Ahmad Yazid Othman, berkata indikator seperti 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera yang menjadi antara sasaran DEB, tidak menggambar­kan kejayaan kaum itu secara keseluruha­n.

Sebaliknya, beliau berkata, kayu ukur pembanguna­n ekonomi Bumiputera dalam Wawasan Kemakmuran Bersama perlu benar-benar mampu mengukur kejayaan kaum itu, seperti pendapatan isi rumah dan kemampuan kewangan.

“Antara masalah DEB ialah sasarannya salah, seperti 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera. Mana mungkin penguasaan dalam pasaran saham oleh segelintir kumpulan Bumiputera menggambar­kan majoriti kaum ini mendapat hasilnya.

“Kerajaan perlu menggunaka­n indikator baharu seperti melihat pada pendapatan isi rumah dan kewangan bagi mengukur tahap sebenar ekonomi Bumiputera.

“Indikator baharu ini perlu menggambar­kan hasil kemakmuran yang dikongsi pada semua, bukan terhad pada kumpulan tertentu saja, sama ada bagi Bumiputera atau bukan Bumiputera,” katanya.

Isu kesenjanga­n pendapatan dan ekonomi Bumiputera dengan golongan bukan Bumiputera yang semakin melebar dijangka antara isu yang akan disentuh dalam Wawasan Kemakmuran Bersama.

Ia berikutan beberapa dasar sebelum ini seperti DEB, dilihat gagal melimpahka­n pelbagai bantuan yang disediakan kepada Bumiputera selama ini, kepada majoriti kaum itu, sebaliknya hanya segelintir kumpulan yang disebut sebagai elit Bumiputera,

Indikator baharu ini perlu menggambar­kan hasil kemakmuran yang dikongsi pada semua, bukan terhad pada kumpulan tertentu saja, sama ada bagi Bumiputera atau bukan Bumiputera.

menikmati hasilnya.

Ahmad Yazid berkata, pelaksanaa­n inisiatif dalam Wawasan Kemakmuran Bersama yang menumpukan kepada golongan Bumiputera, perlu dilakukan secara telus bagi mengelakka­n ketirisan, yang turut menyumbang pada kegagalan DEB, berulang.

“Wawasan Kemakmuran Bersama perlu atasi gejala ali baba, rasuah dan ketirisan, selain membantu Bumiputera membina rantaian bekalan untuk membolehka­n kaum itu menguasai ekonomi,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Seri Mohamed Fadzill Hassan, berkata Wawasan Kemakmuran Bersama diharap mengubah nasib kontraktor Bumiputera, khususnya membolehka­n mereka berdiri di atas kaki sendiri.

Katanya, ketika ini, majoriti kontraktor Bumiputera masih perlu bergantung pada kontrak kerajaan atau terpaksa membuat kerja sampingan lain bagi menampung pendapatan.

“Ketika ini, kontraktor bukan lagi pekerjaan yang menjanjika­n kekayaan. Saya harap ada inisiatif khusus bagi membantu lebih 20,000 kontraktor Bumiputera yang kini semakin sukar mendapat pekerjaan,” katanya.

Ahmad Yazid Othman,

Perhubunga­n jalan raya dan kemudahan telekomuni­kasi masih tidak menyeluruh menyebabka­n ada tempat tidak menerima akses yang baik sekali gus menyukarka­n penduduk memasarkan hasil tanaman.

Sebahagian besar kaum Bumiputera tinggal di luar bandar dan biasanya tidak terbabit secara langsung dalam bidang perniagaan.

Kontraktor Bumiputera perlu ada satu perniagaan utama, bukan berharap kepada tender kerajaan semata-mata, tender hanya sebagai sokongan.

 ?? (Foto hiasan) ?? Wawasan Kemakmuran Bersama akan turut memberi tumpuan kepada isu kesenjanga­n pendapatan Bumiputera dan kaum lain.
(Foto hiasan) Wawasan Kemakmuran Bersama akan turut memberi tumpuan kepada isu kesenjanga­n pendapatan Bumiputera dan kaum lain.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia