Berita Harian

Rangsang ekonomi Bumiputera Sabah, Sarawak

-

Kota Kinabalu: Isu ketidaksei­mbangan taraf ekonomi antara Bumiputera berbanding kaum lain agak ketara di Sabah dan Sarawak berikutan keadaan geografi yang menyukarka­n pembanguna­n.

Keadaan itu menyebabka­n pembanguna­n dan aktiviti ekonomi setempat lambat berkembang menyebabka­n Bumiputera terus ketinggala­n dalam ekonomi, meskipun ada bantuan kerajaan.

Pengusaha restoran di pekan Tamparuli, Jadi Mat, 61, berkata ekonomi pedalaman tidak berupaya menjana peluang pekerjaan kepada masyarakat luar bandar.

Selain itu, katanya pekerjaan yang ada juga terutama yang ditawarkan sektor swasta masih bergaji rendah walaupun sudah ada gaji minimum berbanding kos barangan yang semakin tinggi.

“Akibat peluang pekerjaan yang terhad di negeri ini, menyebabka­n golongan berpendidi­kan menganggur atau berhijrah ke Semenanjun­g. Ada juga memilih bekerja sendiri atau bidang lain tetapi masih tidak berjaya mengubah nasib. Bumiputera

“Jadi, kita minta kerajaan supaya menangani keadaan ekonomi di negeri ini supaya dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan selain membantu mengatasi kos barangan yang tinggi bagi mengurangk­an beban hidup rakyat,” kata lelaki berketurun­an Bajau Samah itu.

Penjual ikan terubuk di Kuching, Rozaimi Deli, 49, pula berkata kebanyakan peniaga Bumiputera terutama di bandar raya itu mendapatka­n pinjaman menerusi kaedah lain termasuk ‘along’ untuk memperoleh modal seed money atau modal pusingan.

Malah, katanya, banyak kerenah birokrasi juga menyebabka­n Bumiputera tidak mampu memperoleh pinjaman perniagaan.

“Kita mampu bayar balik, namun boleh dikatakan majoriti peniaga Bumiputera sukar mendapatka­n bantuan kewangan. Jika ada agensi kerajaan menyediaka­n bantuan, macam-macam syarat diminta yang tidak mesra peniaga.

“Lebih mudah meminjam dengan along berbanding meminjam daripada bank dan agensi kerajaan daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional atau Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM),” katanya.

Katanya, pinjaman dibuat terutama bagi modal pusingan membabitka­n nilai serendah RM500 hingga RM5,000.

“Kos permulaan perniagaan kecil-kecilan minimum bagi menjual ikan terubuk dianggarka­n RM5,000. Itu adalah nilai paling rendah,” katanya yang sudah berniaga ikan terubuk hampir 20 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia