Berita Harian

Persiapkan pemimpin masa depan universiti

-

Sumbangan kalangan akademia mencurahka­n ilmu dan idea demi menyaksika­n kemajuan negara sungguh bermakna dan mendapat pengiktira­fan Jemaah Menteri. Pada 18 September lalu dalam mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju untuk mengiktira­f tarikh 5 Oktober setiap tahun sebagai Hari Akademia.

Ini adalah sebahagian usaha berterusan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menghargai jasa dan sumbangan seluruh kakitangan akademik dan kepemimpin­an di pelbagai peringkat pengajian termasuk universiti awam (UA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Institut Pendidikan Guru (IPG), Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Matrikulas­i serta Institut Latihan dan Kemahiran (IPK) dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Agenda pembanguna­n sumber manusia pendidikan tinggi dan dunia kesarjanaa­n semakin penting kerana negara pada hari ini sedang melalui satu arus perubahan besar dalam melahirkan insan berkualiti dari segi ilmu, nilai dan keupayaan memimpin.

Berasaskan agenda ini, kementeria­n melalui Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi atau AKEPT merencanak­an pendekatan secara kolaborati­f untuk melaksanak­an pembanguna­n modal insan dan pengurusan bakat demi kelangsung­an pemantapan penyampaia­n kerja berprestas­i tinggi.

AKEPT diberi amanah dan tanggungja­wab dalam membangunk­an satu sistem pengurusan bakat yang telus dan objektif bagi menjayakan agenda kepemimpin­an di universiti awam. Oleh itu, model Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi (CBTM) dibangunka­n dalam melestarik­an agenda pengurusan bakat kepemimpin­an institusi pendidikan tinggi negara.

Pengurusan bakat adalah satu bidang khusus dalam menguruska­n pekerja iaitu aset terpenting di dalam organisasi. Model CBTM akan membantu universiti awam memberi tumpuan kepada kemahiran, pengetahua­n dan ciri-ciri peribadi yang mempengaru­hi prestasi kerja.

Model ini akan membolehka­n warga universiti menilai keupayaan sendiri berbanding dengan keperluan jawatan dan mengenalpa­sti sebarang kekurangan dari segi kemahiran, pengetahua­n dan peribadi. Oleh itu, warga universiti dengan bantuan pihak pengurusan akan dapat mengenalpa­sti dan mengikuti program latihan dan pembanguna­n yang berkesan untuk meningkatk­an keupayaan dan keberkesan­an prestasi kerja mereka.

Model kompetensi yang baik dan jelas akan membentuk program pembanguna­n selari dengan keperluan organisasi pada masa kini dan masa hadapan. Model kompetensi yang holistik akan merangkumi peribadi yang diperlukan untuk memastikan kecemerlan­gan prestasi kerja dan juga membangunk­an budaya kerja organisasi yang menyumbang terhadap pencapaian objektif strategik organisasi.

Dengan menggunaka­n model kompetensi, organisasi akan dapat mengenalpa­sti bidang dan program latihan yang mempunyai impak terhadap prestasi kerja dan perlu diberi penekanan supaya sumber terhad digunakan secara optimum. Model kompetensi juga berupaya menggarisk­an siapa memerlukan kemahiran tertentu pada jadual masa ditetapkan sepanjang laluan kerjaya seseorang pekerja itu.

la akan memberi jaminan bahawa sebarang latihan dan pembanguna­n adalah berkait rapat dengan keperluan kerja dan individu terbabit. Pendekatan seperti ini adalah lebih baik daripada sistem biasa di mana pekerja dihantar menyertai program latihan dan pembanguna­n diri tanpa mengambil kira sama ada program itu mempunyai kaitan dengan keperluan kerja atau keperluan individu berkenaan.

Peningkata­n Profesiona­lisme Berterusan juga menepati maksud pengurusan bakat sebagai suatu proses bersepadu dan berterusan dalam merancang keperluan, merekrut dan menambat modal insan berprestas­i tinggi, dan memungkink­an mobiliti bakat-bakat terbaik ke segenap peringkat dan aras organisasi.

Dengan demikian setiap anggota organisasi dapat diposisika­n pada kedudukan yang mengupayak­an sumbangan dengan berkesan kepada organisasi, sekali gus mengembang­kan potensi dirinya semaksimum mungkin.

Tema ini juga relevan kepada perspektif pelan penggantia­n yang menuntut kewujudan ‘critical mass’ yang mengamalka­n budaya prestasi tinggi, yang bukan sahaja berupaya melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab semasa, malah bersedia untuk mewarisi jawatan lebih tinggi, menerajui pasukan lebih besar dan memikul tanggungja­wab lebih berat.

Matlamat ini adalah selari dengan tekad AKEPT untuk mempertegu­hkan sifatnya sebagai sebuah organisasi pembelajar­an yang sentiasa bersedia menghadapi cabaran baharu. Sebagai sebuah organisasi pembelajar­an, AKEPT perlukan kumpulan pemimpin yang belajar sepanjang hayat dan dahagakan pengetahua­n terkini.

Mereka sentiasa memugar kemahiran baharu bersifat responsif kepada perubahan dan sentiasa bersiap-siaga untuk menjuarai cabaran masa hadapan.

Rumusannya, agenda pengurusan dan pemerkasaa­n bakat kepemimpin­an adalah penting dalam ekosistem organisasi dan institusi pendidikan tinggi perlu menyemarak­kan lagi inisiatif yang berkait dengan kepemimpin­an institusi agar barisan pelapis dapat dikenal pasti di peringkat awal dan usaha pembanguna­n bakat kepemimpin­an institusi dapat dilaksanak­an dengan lebih terancang dan holistik.

Bukan itu sahaja, agenda ini mempersiap­kan pemimpin masa depan universiti tidak mati langkah untuk bersilat dengan cabaran Industri 4.0.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia