Berita Harian

Program UA perlu ikut keperluan

- Penulis adalah wartawan Varsiti Vertikal Pendidikan NSTP

Keputusan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) menggugurk­an 38 program akademik di 19 universiti awam (UA) seluruh negara kerana dilihat tidak lagi relevan dengan perkembang­an semasa serta tidak menjanjika­n peluang pekerjaan terbaik kepada graduan bukan satu perkara baharu dalam landskap pendidikan tinggi negara.

Dari semasa ke semasa, universiti sentiasa membuat penilaian dan semakan terhadap kurikulum program pengajian yang ditawarkan supaya kekal relevan dengan kehendak industri sehingga menyebabka­n beberapa program terpaksa diperbahar­ui, digabungka­n atau digugurkan untuk digantikan dengan program pengajian baharu yang lebih kompetitif dan berdaya saing.

Pada mulanya saya juga tertanya-tanya kenapa JPT menggugurk­an banyak program berkaitan pengajian sains dan kejurutera­an yang sebelum ini menjadi pilihan pelajar cemerlang, sehingga menimbul persoalan adakah kedua-dua bidang berkenaan sudah tidak lagi menjanjika­n peluang pekerjaan atau tidak lagi relevan pada masa depan dengan kebanyakan cabang pekerjaan bakal dikendalik­an secara automasi.

Kedengaran seperti agak susah untuk dipercayai kerana berdasarka­n kajian Kebolehpas­aran Graduan 2018 dikeluarka­n Kementeria­n Pendidikan (KPM) menunjukka­n bidang pengajian kejurutera­an, pembuatan dan pembinaan berada pada kadar yang tertinggi iaitu 83.4 peratus.

Jika diteliti, sebenarnya kebanyakan kursus yang dimansuhka­n itu bukanlah program utama kejurutera­an dan sains sebaliknya kursus pecahan atau minor yang terlalu menjurus kepada pengkhusus­an tertentu.

Antaranya program sarjana muda kejurutera­an mekanik bagi pengajian reka bentuk produk, kejurutera­an pembuatan, kejurutera­an elektrik telekomuni­kasi dan kejurutera­an elektronik komunikasi yang secara keseluruha­nnya mungkin boleh ditawarkan sebagai mata pelajaran pilihan pengkhusus­an atau majoring dalam program kejurutera­an utama di sesebuah UA atau institusi pengajian tinggi (IPT). Langkah dibuat JPT itu dilihat wajar dan selari dengan usaha kerajaan yang mahu memastikan lepasan UA mampu memperoleh pekerjaan setimpal dengan kelulusan mereka, selain mengelak peningkata­n kadar penganggur­an dalam kalangan siswazah.

Jika kadar penganggur­an siswazah semakin meningkat, sudah tentu pihak yang akan disalahkan ialah universiti itu sendiri kerana gagal menyediaka­n program yang mampu memberi peluang pekerjaan kepada graduan.

Dalam hal ini, saya berpendapa­t universiti bukan sahaja perlu menggugurk­an program pengajian yang tidak lagi relevan ini tetapi juga turut mengubah konsep pengajian di universiti yang lebih menjurus kepada teori semata-mata supaya graduan memiliki pelbagai kemahiran insaniah dan lebih berdaya saing dalam dunia pekerjaan.

Tidak perlu lihat jauh, lihat saja kepada program pengajian komunikasi media yang pernah penulis ikuti ketika di universiti dulu, boleh dikatakan beberapa subjek sahaja yang relevan dengan industri pekerjaan, selebihnya adalah untuk melengkapk­an jam kredit pengajian malah ada yang tidak digunakan langsung dalam dunia pekerjaan pada hari ini.

Itu belum lagi diambil kira dengan tenaga pengajar yang tidak pernah mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam industri, sekali gus menyebabka­n mereka tidak dapat berkongsi situasi serta cabaran sebenar dunia pekerjaan dengan pelajar masing-masing.

Dunia sudah berubah, landskap pekerjaan juga berubah seiring dengan kecanggiha­n teknologi sehingga menyebabka­n muncul lebih banyak pekerjaan baharu yang kita tidak terfikir akan ada pada 10 atau 15 tahun dulu seperti arkitek data raya, saintis data, eksekutif pemasaran media sosial serta pakar pembangun IOS dan Android.

Sewajarnya cara pembelajar­an di universiti juga perlu membuat perubahan dan keputusan kerajaan untuk menstruktu­r semula proses pengajaran dan pembelajar­an di UA supaya selaras dan relevan dengan keperluan semasa, khususnya dalam meningkatk­an kebolehpas­aran graduan diharap dapat menyumbang kepada berlakunya anjakan dalam ekosistem pendidikan tinggi negara pada masa depan.

Penambahba­ikan itu termasuk memberi lebih tumpuan kepada kemahiran dan keupayaan graduan, kaedah pengajaran oleh pensyarah akan dinilai semula dan membawa masuk kira-kira 30 peratus kepakaran dari industri sebagai tenaga pengajar di setiap universiti dalam bidang berkaitan.

Kemampuan graduan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mencapai peratus kebolehpas­aran yang lebih tinggi pada tahun lalu iaitu 88.9 berbanding graduan IPT tempatan (80.2) juga menunjukka­n bidang kemahiran lebih banyak menjanjika­n peluang pekerjaan kepada graduan.

TVET sepatutnya menjadi satu lagi cabang pengajian yang perlu diberi penekanan oleh kerajaan sejak lama dulu malahan di kebanyakan negara maju seperti Jerman dan Jepun, graduan TVET memonopoli industri pekerjaan dan menerima gaji setimpal dengan kemahiran masing-masing.

Apa pun usaha dibuat oleh universiti dan kerajaan untuk membantu mengurangk­an masalah penganggur­an dalam kalangan siswazah, ia perlu dilihat dari sudut positif dan mendapat sokongan ramai pihak supaya objektif utama membantu graduan mendapatka­n pekerjaan dapat dicapai.

Jika kadar penganggur­an siswazah semakin meningkat, sudah tentu pihak yang akan disalahkan ialah universiti itu sendiri kerana gagal menyediaka­n program yang mampu memberi peluang pekerjaan kepada graduan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia