Berita Harian

PH pilih calon berhemah, popular, berpendidi­kan

Senarai nama dikemuka kepada pimpinan tertinggi parti

- Oleh Badrul Kamal Zakaria badrulkama­l@bh.com.my

Muar: Pakatan Harapan (PH) masih meneliti senarai calon untuk dipilih mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, 16 November ini.

Pengerusi PH Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pihaknya sudah mempunyai beberapa nama sebelum dikemukaka­n kepada pucuk pimpinan tertinggi untuk diterima dan diputuskan sebagai calon.

“Hari ini (semalam) belum ada lagi keputusan mengenai calon. Kita ambil perhatian perkara itu dalam mesyuarat ini.

“Kita sudah ada beberapa nama, tetapi masih ada masa untuk meneliti) dan selepas itu kita akan putuskan yang mana yang sesuai,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat PH Johor di Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Pagoh di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Salahuddin Ayub; Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong; Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh; Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan dan Pengerusi BERSATU Johor, Mazlan Bujang.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Majlis Presiden PH berkata, calon dipilih mewakili parti itu adalah yang popular, berhemah, berpendidi­kan dan mungkin anak tempatan.

“Kita akan kemukakan kepada pimpinan tertinggi PH untuk diterima dan diputuskan kelak,” katanya.

Ditanya sama ada BERSATU akan bertanding pada PRK berkenaan, Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU berkata, setakat ini pihaknya berpegang kepada apa yang diputuskan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

“Setakat ini, kita berpegang dengan itu, kecuali ada keputusan baharu dibuat pihak pimpinan tertinggi.

“Kita kata kerusi (Parlimen Tanjung Piai) ditandingi BERSATU, tetapi dalam persaingan sebenar (PRK Tanjung Piai) ia adalah PH,” katanya.

PRK Tanjung Piai diadakan susulan kematian penyandang­nya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

 ?? (Foto Adi Safri/bh) ?? Muhyiddin bersama Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat PH Johor di Pejabat BERSATU Bahagian Pagoh, Muar, semalam.
(Foto Adi Safri/bh) Muhyiddin bersama Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat PH Johor di Pejabat BERSATU Bahagian Pagoh, Muar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia