Berita Harian

Terminal Feri Antarabang­sa Kukup tutup jejas peniaga

-

Pontian: Penutupan sementara Terminal Feri Antarabang­sa Kukup di sini, sejak awal September lalu menyebabka­n ramai peniaga di sekitar kawasan berkenaan mengalami kerugian berikutan bilangan pengunjung yang turun mendadak.

Kebanyakan peniaga termasuk restoran, gerai makanan dan kedai peralatan telekomuni­kasi selain pemandu teksi serta kereta sewa mengeluh kerana perniagaan merosot dengan teruk dalam tempoh singkat.

Tinjauan BH di sekitar terminal yang menyediaka­n perkhidmat­an feri ke beberapa lokasi di Indonesia, termasuk Tanjung Balai dan Batam dalam kawasan Parlimen Tanjung Piai itu mendapati, suasananya tidak meriah seperti sebelum ini.

Pengusaha gerai makanan, Muhamad Shahid Abu Bakar, 52, yang beroperasi di situ sejak 1994 berkata, kebanyakan pelanggann­ya adalah pengguna perkhidmat­an feri berkenaan.

“Apabila terminal ditutup, gerai saya kehilangan ramai pelanggan. Bukan saya sahaja terjejas, ramai peniaga lain berkongsi nasib sama.

“Ada beberapa peniaga terpaksa menutup kedai kerana langsung tiada pelanggan,” katanya ketika ditemui BH di gerainya yang terletak kira-kira 200 meter dari terminal berkenaan.

Peniaga makanan, Suriana Abd Hamid, 46, berkata terminal itu sebelum ini menjadi tumpuan warga Indonesia dari Sumatera yang bekerja di negeri ini untuk pulang ke kampung dan sebaliknya.

“Ada kira-kira enam perjalanan feri ke Indonesia setiap hari dan suasana kawasan ini sentiasa meriah, terutama pada hujung minggu dan cuti perayaan.

“Selain itu, ramai juga yang datang melawat saudara-mara di Johor, malah orang tempatan juga kerap ke sana untuk tujuan sama,” katanya.

Peniaga restoran makanan laut, Ong Mei Ling, 58, berkata penutupan terminal itu turut menjejaska­n perniagaan­nya.

“Kini saya hanya mengharapk­an pelanggan dari Singapura untuk bercuti dan makan di kawasan ini,” katanya yang berharap keadaan itu tidak berlarutan lebih lama.

Mei Ling berkata, mereka difahamkan terminal itu akan dibuka semula 1 November ini, tetapi bimbang jika ia ditangguhk­an berikutan tiada notis mengenainy­a dipamerkan di kawasan itu.

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan negeri mengarahka­n terminal itu ditutup buat sementara bermula 1 September lalu dengan operasinya dipindahka­n ke Terminal Feri Antarabang­sa Puteri Harbour, di Iskandar Puteri.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Pengangkut­an dan Infrastruk­tur Johor, Mohd Solihan Badri, dilaporkan berkata, tindakan itu diambil berikutan perjanjian konsensi syarikat pengendali terminal berkenaan ditamatkan kerana tidak mematuhi syarat ditetapkan.

Baru-baru ini, Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal, dilaporkan berkata, terminal berkenaan dijangka beroperasi semula pada 1 November depan dengan diuruskan oleh Perbadanan Pengangkut­an Awam Johor sehingga syarikat konsensi baharu dilantik.

Bukan saya sahaja terjejas, ramai peniaga lain berkongsi nasib sama. Muhamad Shahid Abu Bakar, Pengusaha gerai makanan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia