Berita Harian

Ubah suai motosikal melampau undang padah

3,000 notis, saman dikeluarka­n terhadap pemilik dikesan lakukan kesalahan

- Junita@bh.com.my

Oleh Junita Mat Rasid Putrajaya: Pengubahsu­aian ekzos yang menyebabka­n bunyi bising, komponen enjin bagi menambah had laju dan tayar terlalu kecil, salah di sisi undang-undang, sekali gus membahayak­an nyawa.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddi­n Khalid, berkata dalam tempoh Januari hingga Ogos lalu, pihaknya mengeluark­an hampir 3,000 notis dan saman terhadap pemilik motosikal yang dikesan melakukan pengubahsu­aian yang dilarang.

Katanya, JPJ mempunyai bahagian kenderaan dan automotif yang akan membuat penilaian dan meluluskan sebarang pengubahsu­aian.

“Bagaimanap­un kebanyakan motosikal yang diubah suai tidak mendapat kebenaran dan diubah secara melampau sehingga boleh membahayak­an nyawa penunggang dan pengguna jalan raya lain.

“Penguatkua­saan terhadap pengubahsu­aian kenderaan oleh JPJ tidak hanya dilakukan terhadap motosikal Yamaha Y15ZR atau dikenali sebagai Ysuku, sebaliknya ia membabitka­n semua kenderaan, kereta dan motosikal tanpa mengira model.

“Antara pengubahsu­aian yang ketara ialah ekzos yang menyebabka­n bunyi bising, cermin dibuang atau diletakkan ke bawah dan tren tayar kecil kononnya untuk jadi ringan tetapi ia boleh menjejaska­n kestabilan penunggang,”

Kebanyakan motosikal diubah suai tidak mendapat kebenaran dan diubah secara melampau sehingga boleh membahayak­an nyawa penunggang dan pengguna jalan raya lain.

katanya kepada BH.

Mengenai tindakan terhadap pemilik kedai aksesori dan komponen kenderaan yang menjual barangan tidak mengikut spesifikas­i ditetapkan, Shaharuddi­n berkata, pihaknya akan berbincang dengan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengenai isu itu.

Bagaimanap­un, katanya, biasanya pemilik mengubah suai semula komponen motosikal atau menukar kepada tayar jenis lain.

 ??  ?? Shaharuddi­n Khalid,
Shaharuddi­n Khalid,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia