Berita Harian

LTAT tumpu tingkat pulangan ahli secara mapan

-

Kuala Lumpur: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan terus memberi tumpuan terhadap penambahba­ikan kedudukan kewanganny­a demi menjana pulangan yang mapan bagi ahli.

LTAT juga sedang giat meningkatk­an perkhidmat­an yang disediakan untuk ahlinya yang terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pengerusin­ya, Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin, berkata pihaknya sudah membentuk Pelan Transforma­si LTAT yang akan memacu arah tuju dalam memperbaik­i kelemahan LTAT, seterusnya memperkuku­hkan tadbir urus korporat.

Katanya, LTAT wujud demi perajurit dan pihaknya berpegang teguh kepada tanggungja­wab itu.

“Kami sudah mengenal pasti aspek yang perlu ditingkatk­an supaya kami dapat menjana pulangan yang baik dan mapan untuk ahli,” katanya menerusi kenyataan media di sini, semalam.

Pelan Transforma­si LTAT bertunjang­kan enam teras utama iaitu pertama, visi, misi dan nilai murni LTAT; kedua, memperkuku­hkan tadbir urus korporat; ketiga, memperting­katkan pengurusan pemegang berkepenti­ngan strategik; keempat, meningkatk­an pulangan pelaburan yang mapan; kelima, memperbaik­i infrastruk­tur dan keenam, membina modal insan.

Mohd Zahidi berkata, pihaknya sudah berusaha memastikan LTAT bersih daripada unsur yang boleh memudaratk­an kedudukan kewangan dan simpanan ahli.

Katanya, usaha selama setahun lalu, khususnya menerusi semakan kedudukan sebenar memberi gambaran yang jelas mengenai kedudukan LTAT dan membolehka­nnya menangani isu yang dibangkitk­an dalam laporan itu.

Lebih membimbang­kan, katanya, terdapat beberapa penemuan yang meninggalk­an kesan mendalam terhadap wang simpanan ahli.

“Ketika ini, LTAT masih meneliti laporan semakan yang disediakan syarikat perakaunan Messrs Ernst & Young berhubung kedudukan sebenar LTAT untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 dan 31 Disember 2018.

“LTAT tidak akan teragak-agak mengambil tindakan lebih lanjut jika terdapat sebarang unsur kesalahan jenayah dan melaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata, pengisytih­aran dividen baru-baru ini selari dengan kedudukan kewangan LTAT pada ketika ini selepas penilaian dan penyataan semula akaun-akaun tahun 2016 dan 2017 dilakukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia