Berita Harian

JPJ sasar 200 pegawai dapat diploma

-

Putrajaya: Diploma Eksekutif Pengurusan Pengangkut­an dan Penguatkua­saan (DEPP) yang julung kali diperkenal­kan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) menjadi platform bagi kakitangan­nya menyambung pelajaran sehingga ke peringkat lebih tinggi.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddi­n Khalid, berkata seramai 30 pegawai menjadi kumpulan pertama program itu yang dilaksanak­an dengan kerjasama Institut Pengangkut­an Malaysia (MITRANS), Universiti Teknologi MARA (UITM) dan Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA).

Katanya, menerusi program itu, pihaknya menyasarka­n kira-kira 200 pegawai JPJ memperoleh diploma dalam tempoh lima tahun, sebelum menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“DEPP dibuka kepada pegawainya dan menjadi inisiatif pihaknya membudayak­an pembelajar­an sepanjang hayat. Kita sedar ramai kakitangan JPJ tiada kelulusan kerana lantikan bergantung kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM).

“Kita mahu semua kakitangan lama menyambung pengajian dan sebagai agensi utama penguatkua­saan pengangkut­an jalan, kita melihat sumber manusia sebagai aset utama dan menjadi ejen penggerak kepada kemajuan sesebuah organisasi.

“Bagi memastikan sumber manusia yang berdaya saing, semua kakitangan perlu dilengkapi pengetahua­n, kemahiran dan sikap, sekali gus menjadikan pembudayaa­n pembelajar­an ini penting bagi memastikan pembanguna­n serta kemajuan jabatan selari dengan kemajuan teknologi,” katanya kepada BH.

Shaharuddi­n berkata, kursus pengajian peringkat diploma itu diadakan secara sepenuh masa di Akademi Pengangkut­an Jalan Malaysia di Melaka selama 15 bulan dengan sesi pengambila­n pertama bermula 30 September lalu.

Katanya, kakitangan yang layak mengikuti kursus itu dipilih menerusi panel khas dan kita mahu memulakan peringkat diploma dahulu sebelum diperluask­an di peringkat ijazah sehingga Sarjana Muda.

“Modul pembelajar­an dalam program ini berasaskan kepada elemen pengangkut­an dan penguatkua­saan, termasuk mengenai perundanga­n, inovasi serta teknologi, selain subjek integriti. Pengajian ini juga diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA),” katanya.

Shaharuddi­n berkata, pihaknya merancang menawarkan pengajian DEPP kepada negara-negara ASEAN seperti Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia berikutan ia mempunyai geografi yang sama dan penguatkua­saan undang-undang yang tidak banyak berbeza.

Katanya, kursus seumpama itu boleh menarik minat penguatkua­saan lain berikutan ia lebih khusus dan dikendalik­an oleh badan penguat kuasa, selain subjek yang ditawarkan juga diiktiraf.

 ?? (Foto ihsan JPJ) ?? Pegawai JPJ mengikuti kursus Jalan Malaysia, Kuala Lumpur. Diploma Eksekutif Pengurusan dan Penguatkua­saan, di Akademi Pengangkut­an
(Foto ihsan JPJ) Pegawai JPJ mengikuti kursus Jalan Malaysia, Kuala Lumpur. Diploma Eksekutif Pengurusan dan Penguatkua­saan, di Akademi Pengangkut­an

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia